Gossip: Neelofa Ada Hubungan Dengan VIP, Hans Isaac Akui Sedang Kenal Hati Budi

Sebenarnya ini dua kisah berbeza tetapi dek kerana ia’nya berkait antara satu sama lain, kita rangkumkan dalam satu artikel a.k.a kami pemalas.

Al-kisahnya, beberapa jam sebelum pra tonton filem Misteri Jalan Lama kami menerima gossip terbaru tentang Neelofa yang mengatakan gadis ini ada hubungan dengan seorang VIP.

Pada awalnya, hubungan Neelofa dengan VIP ini hanyalah untuk tujuan mengembangkan perniagaan kasut berjenama Neelofa — tetapi selepas menerima dana kerajaan, hubungan mereka di’khabarkan semakin intim. Teruskan Membaca

Neelofa: Kami Berjumpa Kerana Kerja, Orang Nampak Kami Hanya Berdua

Sedikit goyang dunia hiburan Malaysia pagi tadi selepas ada beberapa laporan mengatakan Neelofa & Hans Isaac kini bercinta.

Gossip yang di’mulakan di Harian Metro & menular ke Forum Cari ini berakhir dengan penafian terus dari Neelofa yang kami temubual sebentar tadi.

Menurut Neelofa, beliau & Hans Isaac bertemu buat pertama kali Julai lalu untuk membincangkan watak beliau dalam filem Lemak Kampung Santan dan perjumpaan itu berlangsung di The Curve, Damansara.

Neelofa lebih selesa untuk bertemu di’luar kerana kawasan kediaman beliau yang hampir dengan pusat membeli belah tersebut dan sehingga ke hari ini Neelofa belum menjejakkan kaki ke pejabat rasmi Hans Isaac.

“Lofa memang sudah agak gossip begini akan keluar kerana kami pernah duduk berdua sebelum orang ketiga turut serta dalam perjumpaan ringkas kami,” jelas Neelofa.

Neelofa juga menafikan beliau ada merancang sebarang gimik cinta lokasi yang di’praktikkan sesetengah selebriti untuk melariskan filem.

“Lofa kalau boleh, mahu stay out of radar sampai filem siap. Rimas dengan gossip cinta lelaki lelaki semua ini. You jangan buat cerita bukan bukan. HAHA!” kata Neelofa mengakhiri perbualan kami.  Teruskan Membaca

Gossip: Neelofa Jumpa Pengganti, Kini Bercinta Dengan Hans Isaac?

Gossip ini mungkin mengejutkan ramai pihak & peminat hiburan tetapi tidak mengapa, kita layankan.

Harian Metro menerusi ruangan gossip mereka menulis tentang hubungan cinta baru seorang aktor kacak popular dengan aktress muda yang meningkat naik.

Pasangan ini di’katakan kelihatan menonton wayang bersama di sebuah pusat membeli belah di Damansara & mereka kelihatan begitu mesra.

Neelofa & Hans Isaac di’katakan berpimpin tangan menuju ke tempat meletak kereta dan Neelofa juga di’katakan melentokkan kepala di’bahu si jejaka.

Nyatanya, bukan sumber Harian Metro seorang yang nampak kelibat mereka berdua tetapi beberapa orang wartawan awam di Forum Cari juga mengesahkan mereka terserempak dengan pasangan ini di The Curve, Damansara.

Kami akan cuba mendapatkan kenyataan dari salah satu pihak sama ada Neelofa atau Hans Isaac sendiri secepat mungkin untuk mengesahkan gossip ini. Stay tunedTeruskan Membaca

Yeah! Hans Isaac Bakal Arahkan Teater Muzikal Kampung Boy Awal 2011

“One of all time great cartoon books” – Matt Groening, pencipta The Simpsons.

Jika pencipta kartun paling lama bersiaran di’televsisyen Amerika Syarikat pun mengakui akan kehebatan Kampung Boy, tiada sebab anda tidak.

Ini ada satu berita baik untuk peminat kartun Kampung Boy yang di’cipta oleh kartunis terkenal negara Datuk Mohammad Nor Khalid, atau Lat.

Kampung Boy bakal di’pentaskan di teater Istana Budaya awal tahun 2011 ini dan pengarah’nya tidak lain tidak bukan, pengarah yang sama membawakan teater Cuci The Musical, Hans Isaac.

Anda sudah boleh mendapatkan tiket teater muzikal Kampung Boy ini melalui Ticket2u.biz atau hubungi 03-41498600. Persoalan’nya, siapa akan bawa watak utama Kampung Boy?

Terima kasih kepada rakan media kami, Tupai.com.my atas tips yang berguna ini. Ada tips? E-mailkan kepada kami atau hantar melalui Twitter @rotikaya.

Amaran Awal Dari Pengkritik: Jangan Tonton Duhai Si Pari Pari

Jika tanyakan kepada kami, ya kami belum tonton filem terbaru lakonan Liyana Jasmay ini, namun liputan pertama media seakan memberi amaran.

Baru sebentar tadi, mStar Online mengeluarkan satu artikel seakan review yang melabelkan filem arahan Azmi Mohd Hata ini sebagai menyedihkan.

Filem yang sepatutnya masuk dalam genre komedi fantasi ini di’katakan ‘hancur’ dari segala segi — dari pengarah sehingga ke pelakon tambahan.

Artikel itu turut mempersoalkan tindakan Tayangan Unggul yang sanggup melaburkan jutaan ringgit untuk filem bermutu rendah seperti Duhai Si Pari Pari.

Penulis seakan-akan dapat membaca strategi Tayangan Unggul yang mahu mencuba pasaran filem ‘low class’ yang selalu berjaya memungut kutipan tinggi.

Kesimpulan yang kami dapat selepas membaca artikel tersebut, niat kami untuk menonton telah terbunuh begitu sahaja. Mungkin DVD juga kami tidak akan beli.

12