fbpx

Neelofa Nafi Bercinta Dengan Adik Jutawan, Masih Setia

Oh yeah — gossip baru Neelofa dan ini sebenarnya lebih menjawab dua persoalan dalam satu. Jadi, apa kisah menarik Neelofa kali ini?

Utusan Malaysia hari ini menulis yang Neelofa telah menafikan desas desus yang bertebaran mengatakan beliau kini bercinta dengan adik kepada jutawan automotif negara.

Jika di’sebut nama keluarga jutawan ini, ianya bukan asing lagi dalam dunia perniagaan Malaysia lebih lebih lagi bukan sekali dua keluarga ini di’kaitkan dengan gossip dunia selebriti.

“Kelakarlah macam mana cerita ini boleh timbul. Kami memang mengenali antara satu sama lain kerana sudah lama berkawan”

“Saya bukan sahaja kenal dia, malah sepupu dan ahli keluarganya juga saya kenal sejak usia saya 17 tahun lagi,” tambah Neelofa lagi.

Apa yang menarik perhatian kami adalah kenyataan terakhir yang di’dakwa keluar dari mulut Neelofa — dia masih lagi setia dengan kekasihnya, penerbit dan pelakon Hans Isaac. (Heh, exactly!)