Pasti ramai ketika ini tertanya tanya apakah reaksi Neelofa selepas kenyataan yang di’buat Hans Isaac berkaitan status hubungan mereka yang khabarnya kini serius.
Well, kami sendiri cuba untuk mendapatkan kenyataan ringkas namun pelakon & pengacara ini tampak sibuk dengan kerjaya beliau dan Utusan Malaysia ada kenyataan beliau.
Menariknya akhbar berkenaan meletakkan kenyataan Neelofa di’bawah kategori isu Dalam Negeri dan bukan’nya isu hiburan seperti yang biasa di’lakukan. Well played. Heh.
“Kenyataan Hans Isaac yang mengatakan kami kini berkawan serius telah mengundang situasi tidak terkawal ke atas saya”
“Dan sebab itu, maaflah, saya tidak boleh komen apa-apa lagi, tolonglah faham,” ujar Neelofa apabila di’minta untuk mengulas kenyataan Hans Isaac baru baru ini.
Namun begitu, Neelofa tidak pula menafikan atau mengiyakan apabila di’tanya adakah benar beliau kini dalam fasa bercinta dengan Hans Isaac seperti di’dakwa ramai.
“Saya tidak boleh kata ya atau tidak. Itu saja, saya tak mahu mengusutkan lagi keadaan. Saya rasa soal hubungan kami, lebih baik tanya dia saja. Biar dialah jawab, sebab dia di pihak lelaki,” tambah Neelofa yang juga mengakui tertekan akan perhatian yang di’terima.