Semalam telah berlangsungnya majlis pelancaran filem bersama media untuk filem Lemak Kampung Santan yang menjadi satu titik tolak permulaan gossip percintaan dua selebriti popular ini.

Hans Isaac sebagai penerbit & pengarah filem ini di’khabarkan menjalinkan hubungan cinta dengan teraju utama Lemak Kampung Santan, Neelofa sejak proses awal produksi lagi.

Namun Hans Isaac yang di’temui media semalam berkata beliau enggan menggunakan gossip cinta yang wujud untuk mempromosikan filem terbaru tersebut kerana ianya tidak mampu membantu.

“Saya tak mahu gosip tentang kami diperbesar-besarkan. Saya sedih bila orang lebih nak tahu tentang kisah gosip kami berbanding dengan filem saya,” katanya kepada Malaysia Digest.

“Bagi saya, kontroversi atau gosip tak membantu langsung mempromosi sesebuah filem. Saya rasa penonton kita hari ini dah lebih bijak dan mereka dah tonton filem yang bagus dan mereka juga dah tonton filem yang teruk”

“Bagi saya kalau penerbit selitkan kontroversi atau gosip, bermakna mereka tak cukup yakin dengan filem terbitan mereka”, tambah Hans Isaac. Filem Lemak Kampung Santan akan menemui penonton selewat lewatnya pada Aidilfitri nanti.