Neelofa: Saya Tidak Bertemu Hans Isaac & Menyesal Tulis Di TwitterYeah. Kami masih boleh terus beroperasi seperti biasa terima kasih kepada Neelofa yang semakin cool menangani gossip nakal yang melanda diri beliau.

Kelmarin kami ada menulis gossip yang mengatakan Neelofa terbang ke Koh Samui, Thailand untuk bercuti bersama Hans Isaac & gossip kami tersasar belaka nampaknya.

Neelofa ketika di’temui media di pra-tonton filem Hantu Kapcai menjelaskan yang beliau terbang ke Phuket, Thailand bersama rakan rakan & bukan ke lokasi percutian Hans Isaac.

Menurut Neelofa, Hans Isaac sudah berada di Koh Samui sejak Khamis lalu bersama keluarga dan teman bermain golf beliau — dan tiada perjumpaan berlaku antara mereka berdua.

Neelofa juga pelik kerana di’kaitkan dengan percutian Hans Isaac di Koh Samui sedangkan Nazim Othman ketika itu turut berada di Phuket tetapi tiada sebarang gossip timbul.

Tambah pelakon ini lagi, semua itu terjadi secara kebetulan & merasa menyesal menulis pemergian beliau untuk bercuti di Twitter — dan di’manipulasi oleh pihak tertentu.

Mengenali Hans Isaac kata Neelofa, lelaki itu tidak akan mengambil peduli akan gossip sebegini. Fuuhh!