Selepas selesai mengacarakan Anugerah Skrin 2012 yang lalu, Neelofa di’khabarkan terbang terus ke beberapa lokasi di Itali untuk menjalani rakaman program Nona.

Kalau tidak silap perkiraan kami, ini kali kedua Neelofa ke bumi Eropah bersama program Nona dan kali ini nampaknya fokus rakaman program mereka hanya di sekitar Itali.


Hendak tahu apa yang di’bawakan Neelofa untuk anda semua, mestilah perlu untuk anda menonton Nona pada episod seterusnya nanti — sementara itu, ini kisah Neelofa.

“Alhamdulillah, done with work here. Sama banyak buat duit dan habis duit but its all worth it!” tulis Neelofa — pasti beliau berbelanja mewah, apatah lagi di kota fesyen Milan.

Menariknya semasa di Venice, Itali & bersama sekeping foto beliau menaiki gondola, Neelofa menulis “Venice! But where is my other half?” — lain kali boleh ajak teman lelaki. Eh.