fbpx

Amaran Awal Dari Pengkritik: Jangan Tonton Duhai Si Pari Pari

Jika tanyakan kepada kami, ya kami belum tonton filem terbaru lakonan Liyana Jasmay ini, namun liputan pertama media seakan memberi amaran.

Baru sebentar tadi, mStar Online mengeluarkan satu artikel seakan review yang melabelkan filem arahan Azmi Mohd Hata ini sebagai menyedihkan.

Filem yang sepatutnya masuk dalam genre komedi fantasi ini di’katakan ‘hancur’ dari segala segi — dari pengarah sehingga ke pelakon tambahan.

Artikel itu turut mempersoalkan tindakan Tayangan Unggul yang sanggup melaburkan jutaan ringgit untuk filem bermutu rendah seperti Duhai Si Pari Pari.

Penulis seakan-akan dapat membaca strategi Tayangan Unggul yang mahu mencuba pasaran filem ‘low class’ yang selalu berjaya memungut kutipan tinggi.

Kesimpulan yang kami dapat selepas membaca artikel tersebut, niat kami untuk menonton telah terbunuh begitu sahaja. Mungkin DVD juga kami tidak akan beli.