Sarimah Ibrahim Ke Hollywod & Sertai Siri Jelajah Pelawak Terkenal

Tuah menjadi hos majlis kunjungan pelawak terkenal Hollywood, Ahmed Ahmed di Kuala Lumpur baru baru ini — Sarimah Ibrahim bakal ke Hollywood.

Ahmed Ahmed merupakan pelawak Hollywood yang pernah muncul dalam filem blockbuster seperti Iron Man & You Don’t Mess with Zohan.

Sarimah Ibrahim berpeluang menjadi hos untuk acara Ahmed Ahmed Live in KL dan Ahmed Ahmed menunjukkan minat untuk membawa pengacara bermulut petah ini ke Hollywood.

“Dia ada menyebut tentang saya di Twitter beliau,” kata Sarimah Ibrahim kepada Daily Chilli. “Dia juga ada bertanya sama ada saya berminat untuk menjadi pembuka untuk siri jelajah sebagai aksi pembuka.”

“Ramai sebenarnya yang tidak tahu bahawa saya boleh jadi lebih kelakar jika beraksi dalam Bahasa Inggeris,” ujar selebriti yang mempunyai darah Irish & Melayu ini.

Siri jelajah Ahmed Ahmed yang akan meliputi Amerika Syarikat masih belum mempunyai tarikh tetap namun Sarimah Ibrahim berkata beliau kini dalam perbincangan & bersedia untuk berkata ya untuk kolaborasi ini.

Gambar: Izara Aishah Di Sidang Media Drama Bersiri Baru, Sofiyya

Nama baru di pasaran hiburan Malaysia, anda mungkin pernah dengar atau ini pertama kali anda dengar nama Izara Aishah.

Bukan salah anda, bintang yang lahir dari pencarian Dewi Remaja ini sedang membina nama dalam dunia hiburan tanah air.

Masih bersih dari gossip liar atau gambar bersosial bocor ke internet, Izara Aishah secara peribadi pandai membawa diri di’kalangan media — lebih lebih lagi media baru seperti kami.

Terkini, Izara Aishah akan bergandingan dengan bintang besar lain seperti Azhar Sulaiman, Tiz Zaqyah & Fizo Omar dalam drama bersiri Sofiyya yang akan mula bersiaran di TV3 jam 7 malam hari ini.

Lagi gambar Izara Aishah yang berjaya jurugambar berdedikasi kami, Adie Zhafran rakamkan ketika sidang media Soffiya lewat petang semalam. Dan juga video untuk tatapan malam anda. Enjoice! Teruskan Membaca

Bahan Gossip Baru, Izara Aishah Mahu Tubuhkan Kelab Peminat Sendiri

Kenapa kami katakan Izara Aishah sebagai bahan gossip terbaru? Kerana beliau muncul dalam masa yang sama Neelofa muncul & Neelofa sudah pun ada koleksi gossip sendiri.

Kita nantikan sahaja siri gossip buat pendatang baru dunia seni tanah air yang penuh licik ini. HAHA!

Izara Aishah yang merupakan Naib Juara Dewi REMAJA 2010 ini berkata kepada Gua.com.my hari ini yang beliau tidak berehat dari dunia seni di bulan Ramadhan.

Mula mencipta nama melalui drama ‘Keranamu Laila’, Izara Aishah kini sedang sibuk dengan pengambaran drama baru berjudul ‘Soffiya’ terbitan Filmscape.

Izara Aishah juga bercadang untuk menubuhkan kelab peminat sendiri untuk memudahkan beliau berinteraksi dengan peminat & merapatkan jurang selebriti dan artis.

“Mungkin kami boleh buat rawatan kecantikan di spa ataupun ke salun rambut untuk dapatkan potongan rambut terkini. Paling tidak, kami boleh duduk berbual di kafe pilihan untuk berkongsi tip kecantikan,” kata Izara Aishah.

Eh. Kami yang lelaki ini kalau turut serta tidak boleh? Kasihan editor kami, baru bercadang mahu calonkan diri sebagai presiden kelab.

Penangan Laman Sosial: Gigi Rakam Lagu Dengan Tajuk ‘My Facebook’

Semakin hari, Facebook semakin menghampiri menjadi salah satu elemen penting hidup kita.

Pergi mana sahaja, tanyakan sesiapa sahaja, Facebook memang sesuatu yang wajib & hype hari ini. Termasuk band dari Indonesia ini, Gigi.

Demi untuk menangkap audiens dari kalangan mereka yang gilakan Facebook, Gigi tampil dengan sebuah lagu baru bertajuk ‘My Facebook’.

Lirik lagu ini menceritakan tentang seorang lelaki yang berjumpa kekasih lama beliau setelah beliau membuka sebuah akaun Facebook.

Hanya beberapa kali perkataan Facebook di’sebut dalam lagu ini & sebenarnya, tanpa tajuk ‘My Facebook’, lagu ini sudah mampu berdiri dengan lirik sendiri.

Layankan video lagu ‘My Facebook’ oleh Gigi selepas ini. Teruskan Membaca

12