fbpx

Chef Wan Enggan Komen & Anggap Media Sebagai Ikan Piranha

Well, itu adalah antara gelaran ‘terbaik’ pernah media terima daripada seorang selebriti. Kami yang ada di Rotikaya.com terima dengan hati terbuka. #LOL

Laporan mStar Online hari ini menyebut yang Chef Wan enggan mengulas tentang isu rumahtangga anak lelaki beliau, Chef Riz bersama Ana Dahlia yang kini bergolak.

“Kenapa anda bertanya kepada saya & bukan mereka? Sibuk hal rumah tangga orang, tanya pada bapa mertua buat apa?,” tulis Chef Wan menerusi SMS semalam.

Selain beliau sendiri enggan memberikan komen, Chef Wan juga mengarahkan supaya Chef Riz dan menantu beliau, Ana Dahlia untuk tidak mengeluarkan kenyataan media.

“Berdiam diri adalah cara terbaik dalam menghadapi isu ini kerana ia adalah urusan peribadi perkahwinan mereka, bukan urusan pihak media,” tegas Chef Wan lagi.

Semalam, Chef Riz sendiri mengakui yang rumahtangga beliau sedang bergolak tetapi enggan untuk mengulas lanjut akan perkara itu termasuk isu borang mohon cerai.