Semalam kami ada menulis gossip yang mengatakan Chef Riz & Ana Dahlia hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kajang untuk mengambil borang permohonan cerai.
Gossip tersebut menguatkan desas desus yang mengatakan perkahwinan mereka berada dalam masalah & Chef Riz hari ini membuka mulut membuat pengakuan.
Laporan Kosmo! hari ini menyebut yang Chef Riz mengakui bahawa rumahtangga yang di’bina bersama Ana Dahlia tidak sampai setahun itu kini dalam keadaan bergolak.
“Biasalah dalam perkahwinan, sedang lidah lagi tergigit inikan pula hubungan suami isteri. Memang ada perselisihan faham dan saya ingin menyelamatkan perkahwinan kami”
“Saya sayangkan dia & saya harap jodoh kami panjang. Buat masa ini apa yang boleh saya beritahu, tunggu sahajalah akan apa perkembangannya,” ujar Chef Riz ketika di’hubungi.
Namun, Chef Riz enggan mengulas lanjut tentang dakwaan yang beliau dan Ana Dahlia turun ke mahkamah syariah untuk mengambil borang permohonan cerai.