fbpx

Chef Riz Mengaku Sudah Bercerai

Akhirnya, teka teki terjawab juga apabila Chef Riz sendiri akui yang beliau sudah pun bercerai dengan isterinya, Ana Dahlia.

Bercakap kepada wartawan Kosmo!, Chef Riz mengakui tiada persefahaman menjadi punca mereka berdua berpisah namun beliau tidak mahu mendedahkan maklumat lanjut.

“Saya akui kami kahwin terlalu cepat, hanya selepas 8 bulan berkenalan dan selepas berkahwin tidak sampai setahun, kami berdua nampaknya tidak lagi mempunyai persefahaman”

“Dan perceraian adalah jalan terbaik buat kami,” ujar Chef Riz yang berkahwin dengan Ana Dahlia sekitar Disember tahun lalu.

Chef Wan dalam temubual bersama Berita Harian hari ini juga mengesahkan penceraian ini selain menyebut tempoh edah pasangan tersebut akan tamat Disember ini.

“Saya hanya mengetahui wujud masalah dalam rumah tangga mereka sejak sebulan lalu. Riz beritahu, rumah tangga mereka sudah mula goyah selepas tiga bulan berkahwin”

“Tempoh edah Ana akan berakhir Disember. Jika mereka mahu teruskan dengan perceraian ini, terpulanglah kepada mereka. Saya tidak mahu paksa kerana bagi saya, buat apa mereka hidup dalam kepura-puraan jika keserasian sudah tiada?” tambah Chef Wan yang turut menganggap Ana Dahlia seperti anak sendiri.