fbpx

Tasha Shilla Mengaku Kini Ada Kekasih, Pilih Orang Biasa

Pelakon yang pernah dinobatkan sebagai Artis Baru Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular 2011 (ABPBH) kini mengaku sudah miliki kekasih yang dikenali sejak enam tahun yang lalu.

Bukan mudah untuk mengorek rahsia dari artis jelita ini yang seringkali menafikan kisah percintaan yang sebelum ini yang selalu dikaitkan dengan lelaki dari golongan VIP.

Beliau ditemui di majlis pelancaran drama terbaru terbitan TV3 Rindu Bertamu Di Abu Dhabi petang semalam di Hotel JW Marriot Kuala Lumpur.

Tasha Shilla akhirnya membuka cerita bahawa dia suka berkawan dengan lelaki tersebut kerana dia seorang yang sangat memahami dan tidak mengongkong.

Tatkala ditanya mengenai status sebenar lelaki yang berjaya menawan hati Tasha, dia menegaskan bahawa lelaki tersebut bukan dari golongan VIP mahupun artis.

“Tasha sendiri sebenarnya tidak suka berkawan dengan lelaki yang bekerja sama bidang dengan Tasha, kalau boleh nak elakkan”

Namun begitu, Tasha sendiri seperti lebih berhati-hati di dalam menyusun ayatnya agar tidak melibatkan mana-mana pihak dan mahu identiti lelaki tersebut dirahsiakan.

Apa apa pun, kami akhirnya lega apabila mendengar kenyataan beliau mengenai statusnya yang akhirnya telah dimiliki. Mari kita sama-sama doakan kebahagiaan beliau!