fbpx

Gossip: Chef Riz Dan Ana Dahlia Hadir Ke Mahkamah Ambil Borang Cerai?

Dua minggu lalu, Ana Dahlia tampil menafikan dakwaan yang beliau kekal berhubung dengan bekas teman lelaki sehingga menimbulkan masalah dalam rumahtangga sendiri.

“Saya percaya isu timbul kerana perasaan dengki dan cemburu pihak tertentu terhadap rumah tangga kami,” jelas Ana Dahlia kepada mStar Online berkaitan gossip yang melanda.

Namun, minggu ini ada beberapa orang peminat hiburan di forum Cari berkata yang ada individu melihat pasangan ini hadir bersama ke Mahkamah Rendah Syariah Kajang.

Chef Riz & Ana Dahlia yang berkahwin pada 11 Disember 2011 lalu khabarnya hadir ke mahkamah untuk mengambil borang permohonan cerai — ada kaitan dengan gossip?

Ana Dahlia bagaimanapun gagal untuk kami hubungi ketika ini untuk mendapatkan penjelasan. Harapnya apa yang di’sampai oleh peminat hanya gossip semata mata.

Soalan: Chef Wan sudah tutup akaun Facebook beliau ‘kan? :)