Ini sesuatu yang menarik untuk kita ikuti perkembangan’nya — seorang mufti terpanggil untuk memberikan nasihat kepada pasangan suami isteri yang berlakon filem.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menggesa Rashidi Ishak & Vanidah Imran supaya segera merujuk kepada jabatan agama Islam berikutan dialog dalam filem Untuk Tiga Hari.

Beliau turut berkata yang lafaz cerai yang diungkapkan Rashidi Ishak sewaktu melakonkan watak Zafrin menyebabkan status perkahwinan mereka sejak tahun 2000 tidak sah di sisi agama.

“Ia umpama menjadikan sesebuah perkahwinan itu sebuah permainan seperti kahwin muta’ah. Justeru, saya menasihatkan kedua-dua mereka merujuk kepada jabatan agama Islam dengan segera,” ujar Tan Sri Harussani Zakaria.

Setakat itu sahaja maklumat yang kami ada ketika ini kerana tidak mempunyai naskah terkini Utusan Malaysia yang menjadi pelapor pertama. Stay tuned!