Minggu lalu menerusi Melodi di TV3, Cristina Suzanne ditebak dengan soalan yang mengatakan beliau sudah putus tunang dan sepanjang temubual berlangsung, beliau seakan mengelak untuk memberikan kenyataan sebenar akan status hubungan beliau.

BACA: Cristina Suzanne Kini Sudah Putus Tunang?

Semalam menerusi akhbar Berita Harian, Cristina Suzanne tampil memberikan kenyataan yang mengakui hubungannya dengan seorang ahli perniagaan dari Kuantan kini sudah berakhir dan ikatan pertunangan antara mereka sudah lagi tiada.

“Jodoh saya tak panjang, ikatan pertunangan saya sudah putus. Itu saja yang boleh saya kongsi bersama peminat. Tarikh sebenar ikatan itu terlerai dan atas sebab apa putus, biarlah ia terus menjadi rahsia peribadi saya — banyak hati yang perlu saya jaga”

“Pengakuan ini saya buat supaya tidak timbul lagi sebarang spekulasi dan kekeliruan. Orang nak tahu apa status saya hari ini, ya saya mengaku dah putus tunang, cukup. Tak perlu mendesak atau terus bertanya bila saya putus, sebab apa dan kenapa,” jelas Cristina Suzzane.

Sebelum ini, Cristina Suzanne sudah merancang untuk berkahwin pada 22 Januari bersempena dengan ulangtahun kelahiran ke 29 beliau. (rtky/m)

Cristina Suzanne Akui Putus Tunang, Tiada Jodoh - ROTIKAYA