Gossip: Neelofa Ada Hubungan Dengan VIP, Hans Isaac Akui Sedang Kenal Hati Budi

Sebenarnya ini dua kisah berbeza tetapi dek kerana ia’nya berkait antara satu sama lain, kita rangkumkan dalam satu artikel a.k.a kami pemalas.

Al-kisahnya, beberapa jam sebelum pra tonton filem Misteri Jalan Lama kami menerima gossip terbaru tentang Neelofa yang mengatakan gadis ini ada hubungan dengan seorang VIP.

Pada awalnya, hubungan Neelofa dengan VIP ini hanyalah untuk tujuan mengembangkan perniagaan kasut berjenama Neelofa — tetapi selepas menerima dana kerajaan, hubungan mereka di’khabarkan semakin intim. Teruskan Membaca

Neelofa: Kami Berjumpa Kerana Kerja, Orang Nampak Kami Hanya Berdua

Sedikit goyang dunia hiburan Malaysia pagi tadi selepas ada beberapa laporan mengatakan Neelofa & Hans Isaac kini bercinta.

Gossip yang di’mulakan di Harian Metro & menular ke Forum Cari ini berakhir dengan penafian terus dari Neelofa yang kami temubual sebentar tadi.

Menurut Neelofa, beliau & Hans Isaac bertemu buat pertama kali Julai lalu untuk membincangkan watak beliau dalam filem Lemak Kampung Santan dan perjumpaan itu berlangsung di The Curve, Damansara.

Neelofa lebih selesa untuk bertemu di’luar kerana kawasan kediaman beliau yang hampir dengan pusat membeli belah tersebut dan sehingga ke hari ini Neelofa belum menjejakkan kaki ke pejabat rasmi Hans Isaac.

“Lofa memang sudah agak gossip begini akan keluar kerana kami pernah duduk berdua sebelum orang ketiga turut serta dalam perjumpaan ringkas kami,” jelas Neelofa.

Neelofa juga menafikan beliau ada merancang sebarang gimik cinta lokasi yang di’praktikkan sesetengah selebriti untuk melariskan filem.

“Lofa kalau boleh, mahu stay out of radar sampai filem siap. Rimas dengan gossip cinta lelaki lelaki semua ini. You jangan buat cerita bukan bukan. HAHA!” kata Neelofa mengakhiri perbualan kami.  Teruskan Membaca

Gossip: Neelofa Jumpa Pengganti, Kini Bercinta Dengan Hans Isaac?

Gossip ini mungkin mengejutkan ramai pihak & peminat hiburan tetapi tidak mengapa, kita layankan.

Harian Metro menerusi ruangan gossip mereka menulis tentang hubungan cinta baru seorang aktor kacak popular dengan aktress muda yang meningkat naik.

Pasangan ini di’katakan kelihatan menonton wayang bersama di sebuah pusat membeli belah di Damansara & mereka kelihatan begitu mesra.

Neelofa & Hans Isaac di’katakan berpimpin tangan menuju ke tempat meletak kereta dan Neelofa juga di’katakan melentokkan kepala di’bahu si jejaka.

Nyatanya, bukan sumber Harian Metro seorang yang nampak kelibat mereka berdua tetapi beberapa orang wartawan awam di Forum Cari juga mengesahkan mereka terserempak dengan pasangan ini di The Curve, Damansara.

Kami akan cuba mendapatkan kenyataan dari salah satu pihak sama ada Neelofa atau Hans Isaac sendiri secepat mungkin untuk mengesahkan gossip ini. Stay tunedTeruskan Membaca

Hans Isaac Bakal Terbit Filem Baru ‘Ramli’: AC Mizal? Semuanya OK

Pengarah & penerbit filem hits, Cuci bakal melahirkan filem kedua beliau dengan tajuk ‘Ramli

Mengikut laporan, Ramli bukan tajuk final untuk projek filem ini, tetapi idea yang ada sudah tetap & dalam progress.

Filem Ramli akan mengisahkan tentang seorang penjual burger yang bercita-cita tinggi namun menjadi lupa setelah mengecapi kesenangan.

Vanida Imran & Fauziah Latiff antara nama yang di’sebut Hans Isaac untuk membintangi filem terbaru beliau ini. Ada seorang lagi nama selebriti popular yang tidak di’dedahkan.

Filem ini akan menelan belanja sebanyak RM1.3 juta yang Hans Isaac anggap masih kecil berbanding kos Cuci The Musical, RM3.6 juta.

Ketika di’minta mengulas tentang hubungan dengan AC Mizal, Hans Isaac positif menyatakan semuanya dalam keadaan OK,”Biasalah adik beradik”.

(Gossip) Hans Isaac Kini Berpacaran Dengan Yasmin Hani?

Gossip ini baru sahaja keluar beberapa puluh minit tadi & ini satu perkembangan yang menarik.

Bujang yang agak terlajak, Hans Isaac hari ini di’katakan sedang menjalin hubungan cinta dengan pengacara comel, Yasmin Hani.

Dari pengamatan fizikal, mereka berdua ini nampak sepadan.Sama cantik sama-sama memiliki wajah Pan Asia.

Tetapi tidak tahu bagaimana emosi mereka bersatu jika benar gossip yang menyatakan mereka bercinta.

Sebarang perkembangan gossip ini akan di’sampaikan secepat mungkin. Peace out!