fbpx

Hans Isaac Bakal Terbit Filem Baru ‘Ramli’: AC Mizal? Semuanya OK

Pengarah & penerbit filem hits, Cuci bakal melahirkan filem kedua beliau dengan tajuk ‘Ramli’

Mengikut laporan, Ramli bukan tajuk final untuk projek filem ini, tetapi idea yang ada sudah tetap & dalam progress.

Filem Ramli akan mengisahkan tentang seorang penjual burger yang bercita-cita tinggi namun menjadi lupa setelah mengecapi kesenangan.

Vanida Imran & Fauziah Latiff antara nama yang di’sebut Hans Isaac untuk membintangi filem terbaru beliau ini. Ada seorang lagi nama selebriti popular yang tidak di’dedahkan.

Filem ini akan menelan belanja sebanyak RM1.3 juta yang Hans Isaac anggap masih kecil berbanding kos Cuci The Musical, RM3.6 juta.

Ketika di’minta mengulas tentang hubungan dengan AC Mizal, Hans Isaac positif menyatakan semuanya dalam keadaan OK,”Biasalah adik beradik”.