Teman Rapat: Hubungan Erra Fazira & Engku Emran Tidak Stabil, Sering Bergaduh

Minggu ini boleh di’katakan yang beberapa saluran media berjaya membawa kembali gossip yang melibatkan rumahtangga Erra Fazira & Engku Emran.

Mengambil faktor ketidakhadiran Engku Emran menemani aktiviti Erra Fazira sepanjang 2011, si isteri sekali lagi berhadapan dengan soalan panas wartawan.

Erra Fazira bagaimanapun sekali lagi menafikan yang rumahtangga beliau kini sedang mengalami masalah seperti yang di’dakwa.

Seorang teman rapat Erra Fazira yang juga orang kuat industri seni ada menghubungi kami petang semalam membawa sedikit gambaran tentang keadaan sebenar hubungan Erra Fazira dan Engku Emran.

Menurut individu ini, hubungan mereka berdua ketika ini memang tidak stabil tetapi tidak dapat mengesahkan dakwaan yang Engku Emran kini tinggal berasingan daripada Erra Fazira dan anak. Teruskan Membaca

Video: Awie Tersasul Sebut Nama Erra Fazira Sebagai Ella, Panggil Hans Isaac Madu

Ini boleh jadi Video Hari Ini untuk seluruh industri hiburan tanah air. Petang tadi berlangsung’nya sidang akhbar Konsert Awie & Ella di Istana Budaya dan Awie tersasul, menyebut nama Erra Fazira.

Video ini berjaya di’rakamkan oleh Budiey dan ketika ini Awie sedang asyik mengimbau kembali bagaimana Ella mempengaruhi diri beliau dalam berkarya dan meluahkan rasa kagum beliau dengan pencapaian Ella.

Insiden Awie tersasul ini memang membuatkan ruang legar Istana Budaya gamat seketika dan Awie sendiri nampak’nya cool dengan insiden kelakar ini — dan, memanggil Hans Isaac sebagai madu. Tengok.

Gambar Dan Video: Aaron Aziz Bercakap Tentang Kerakyatan Malaysia

Petang tadi, berlangsungnya sidang media yang ketiga untuk teater Badai Semalam yang akan memulakan pementasan di Istana Budaya 11 November 2011 ini.

Teater Badai Semalam ini merupakan adaptasi dari novel popular tulisan Khadijah Hashim yang akan di’bintangi oleh nama nama besar seperti Erra Fazira, Aaron Aziz, Umie Aida, Fizz Fairuz, Ziela Jalil & Emelda Rosmila.

Peminat novel Badai Semalam pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan kisah percintaan ini di’bawakan secara live di’atas pentas. Dapatkan tiket anda sekarang di Istana Budaya.

Cukup dengan bahan dari press release. Aaron Aziz dalam video di’atas bercakap tentang semangat 1Malaysia beliau dalam permohonan untuk menjadi penduduk tetap Malaysia.

Aaron Aziz sangat berharap permohonan beliau akan di’luluskan dengan segera walaupun tahu proses tersebut akan mengambil masa yang agak lama namun beliau nampak tidak sabar untuk memegang status penduduk tetap.

Tidak cukup dengan video? Kami sertakan beberapa keping gambar Aaron Aziz ketika berlangsung’nya sidang media teater Badai Semalam petang tadi untuk tatapan anda. Enjoice! Teruskan Membaca

Erra Fazira Belanja Krew ‘Kelas Kau Maria’ Nikmati Disneyland Jepun

Seperti biasa kawan kawan, malam adalah masa untuk kisah selebriti yang ringan belaka.

Jika anda tidak suka, boleh jalan terus belok kiri & terjun gaung. Kami bergurau, semestinya.

Kami baru sahaja lepas makan malam bersama salah seorang pelakon drama televisyen Kelas Kau Maria dan sembang ringan kami terpacul kisah kemurahan hati Erra Fazira.

Pelakon lelaki ini yang baru pulang dari Jepun bersama rombongan krew Kelas Kau Maria berkata Erra Fazira merupakan seorang yang pemurah hati & banyak membantu melancarkan proses penggambaran selama di’sana.

Lebih lebih lagi jika berkaitan dengan isu logistik yang sering timbul kerana sepanjang di’sana, krew penggambaran membawa alatan mereka hanya dengan menaiki pengangkutan awam. Teruskan Membaca

12