fbpx

Gambar Dan Video: Aaron Aziz Bercakap Tentang Kerakyatan Malaysia

Petang tadi, berlangsungnya sidang media yang ketiga untuk teater Badai Semalam yang akan memulakan pementasan di Istana Budaya 11 November 2011 ini.

Teater Badai Semalam ini merupakan adaptasi dari novel popular tulisan Khadijah Hashim yang akan di’bintangi oleh nama nama besar seperti Erra Fazira, Aaron Aziz, Umie Aida, Fizz Fairuz, Ziela Jalil & Emelda Rosmila.

Peminat novel Badai Semalam pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan kisah percintaan ini di’bawakan secara live di’atas pentas. Dapatkan tiket anda sekarang di Istana Budaya.

Cukup dengan bahan dari press release. Aaron Aziz dalam video di’atas bercakap tentang semangat 1Malaysia beliau dalam permohonan untuk menjadi penduduk tetap Malaysia.

Aaron Aziz sangat berharap permohonan beliau akan di’luluskan dengan segera walaupun tahu proses tersebut akan mengambil masa yang agak lama namun beliau nampak tidak sabar untuk memegang status penduduk tetap.

Tidak cukup dengan video? Kami sertakan beberapa keping gambar Aaron Aziz ketika berlangsung’nya sidang media teater Badai Semalam petang tadi untuk tatapan anda. Enjoice!