Berita yang menjadi perhatian ramai dalam tempoh 24 jam yang lepas pastinya penceraian Erra Fazira & suaminya, Engku Emran yang sebelum ini sering di’landa spekulasi berkaitan situasi rumahtangga mereka yang dikatakan bermasalah.

BACA: Erra Fazira, Engku Emran Sah Bercerai Talak Satu


Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain mengesahkan lafaz dibuat Engku Emran itu selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk berpisah secara baik.

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam juga memutuskan hak penjagaan anak, Engku Aleesya diberikan kepada Engku Emran dan hak bermalam serta lawatan bersama diberikan kepada Erra Fazira apabila kedua-dua pihak bersetuju mengenainya.

“Mahkamah turut meluluskan permohonan plaintif (Erra Fazira) untuk tidak membuat sebarang tuntutan nafkah edah dan mutaah,” ujar Hakim Syarie, Mohammad Adib Husin.

Sinar Harian juga melaporkan yang pasangan ini mengaku sudah tidak tinggal sebumbung sejak setahun enam bulan yang lalu dan Erra Fazira yang ditemui media berharap tiada lagi persoalan tentang mereka selepas ini.

“Segala spekulasi telah terjawab. Saya mohon jangan tanya lagi. Ia (kerjaya) menjadi fokus utama saya kini,” ujar Erra Fazira selepas prosiding selesai. (rtky/m)