fbpx

Engku Emran: Cukup Cukuplah Mereka Cerita Tentang Kehidupan Kami

Dari awal timbulnya khabar angin tentang kegoyahan rumahtangga beliau sehingga ke hari penceraian dan sehinggalah digossipkan sudah mempunyai pengganti, Engku Emran mengambil pendekatan untuk berdiam diri dari memberikan kenyataan.

Namun menerusi portal berita yang beliau terajui sendiri, Malaysian Digest menyiarkan sebuah artikel yang ditulis Engku Emran sendiri sebagai penjelasan buat pertama kali dan juga terakhirnya tentang apa yang telah terjadi selama ini.

Jujurnya, artikel sepanjang lebih 1,500 patah perkataan itu sebenarnya tidak menjelaskan cerita sebenar namun lebih kepada permintaan Engku Emran kepada semua peminat hiburan untuk berhenti mereka reka cerita tentang beliau, Engku Emran dan juga keluarga mereka.

BACA: Engku Emran Sudah Temui Pengganti Erra Fazira? (ext.)

“Banyak lagi berita penting diluar sana yang patut kita laporkan. Saya ini tak penting. Banyak lagi orang di luar sana yang memerlukan pertolongan — tentang hidup dan mati. lebih elok kita bantu mereka dari buat cerita tentang kehidupan kami. Cukup, cukup lah!”

Engku Emran turut ada menjelaskan tentang gambar yang beliau muat naik ke Instagram yang telah didakwa sesetengah pihak untuk menunjuk nunjuk.

“Instagram ini ialah seperti catatan jurnal, supaya satu hari nanti Aleesya dapat membaca sedikit sebanyak dan mungkin dia boleh belajar tentang kehidupan melalui jurnal saya ini. Sebab itu juga, jika anda lihat banyak gambar dan momen yang saya upload”

“Mungkin anda rasa saya tak patut dedahkan banyak perkara. Tetapi benda ni saya buat ada sebab bertujuan, supaya satu hari nanti Aleesya dapat melihat tempat yang saya bawa dia, yang saya pergi tanpa dia. Bukan untuk menunjuk-nunjuk, tidak,” tulis Engku Emran.

Anda boleh membaca tulisan penuh beliau di Malaysian Digest untuk penjelasan penuh beliau & kami doakan semoga baik baik sahaja kehidupan mereka selepas ini. (rtky/m)