Hujung minggu lalu, satu laporan akhbar menyebut yang Erra Fazira kini dikatakan sudah temui seorang pengganti sebagai pasangan hidup dan jejaka bertuah itu merupakan seorang yang miliki reputasi sendiri sebagai orang kenamaan di Malaysia.

Dalam temubual bersama media baru baru ini Erra Fazira mengakui yang beliau sedang berkawan rapat dengan seseorang namun menolak lelaki itu merupakan seorang VVIP.


“Sejujurnya, jika ditanya tentang soal berkawan, ya, saya akui memang kini sedang berkawan rapat dengan seseorang. Namun, apabila ada cerita mengatakan lelaki tersebut adalah daripada golongan atasan, itu tidak benar sama sekali,” jelas Erra Fazira.

“Pada saya, jika berkawan, saya tidak menjalinkan sesuatu hubungan itu berdasarkan atas nama, pangkat atau harta. Saya lebih selesa memilih untuk berkawan dengan orang biasa”

Erra Fazira bagaimanapun enggan mendedahkan identiti lelaki yang sedang rapat dengan dirinya itu selain berkata sudah muak dengan gosip dan khabar angin yang sering mengaitkan dirinya dengan lelaki muda seperti sebelum ini.

“Umur saya sekarang sudah tidak sesuai untuk dijadikan bahan gosip atau publisiti kepada mana-mana pihak tertentu. Carilah pula artis-artis muda yang lain untuk dikorek cerita mereka. Apa yang penting saya sudah penat dan muak dengan semua gosip seperti itu,” tambahnya. (rtky/m)