fbpx

Erra Fazira: Saya Sudah Tidak Berhutang Apa Apa Dengan Masyarakat, Media

Selepas sekian lama peminat dan juga pengamal media berteka teki tentang kisah dalaman rumahtangga Erra Fazira dan Engku Emran, semalam semuanya terjawab apabila pasangan ini bercerai talak satu secara baik di mahkamah.

BACA: Engku Emran Dapat Hak Penjagaan Anak, Engku Aleesya & Erra Tidak Tuntut Nafkah

Apabila berita perpisahan ini menjadi bualan ramai, pastinya peminat ingin tahu pula apakah punca sebenar mereka kini tidak lagi bersama dan tidak tinggal sebumbung sejak setahun dan enam bulan yang lalu. Ini jawapan Erra Fazira kepada GUA;

“Saya pinta jangan ditanya mengenai perkara lepas serta bila dan kenapa perkara ini berlaku kerana saya tak berhasrat untuk bercerita. Bagi saya, biarlah ia menjadi rahsia”

“Saya ada sebab kenapa pendamkan perkara ini. Bukan kerana saya mementingkan diri namun saya ada alasan yang tersendiri. Perkara ini melibatkan hal rumahtangga dan masalah dalaman keluarga. Itu adalah hal peribadi dan saya tak boleh kongsi kepada semua mengenai perkara ini. Saya harap semua orang menghormati dengan keputusan saya ini”

“Saya bersyukur segalanya sudah selesai dan berterima kasih kepada semua kerana bersabar selama ini. Saya rasa lega kerana sudah tidak berhutang dengan masyarakat serta pihak media mengenai hal ini. Malah, kalau boleh, saya juga mahu menutup subjek ini dan tidak mahu bercakap mengenainya lagi,” jelas pengacara program Primadona itu lagi.