Engku Emran Berusaha Untuk Kembali Bersama Erra Fazira?
Dua tiga hari ini kami perhatikan akaun Instagram bekas suami kepada Erra Fazira iaitu Engku Emran, nampaknya beliau seakan akan dalam usaha untuk memulihkan kembali hubungan yang sudah terlerai. Masihkah ada harapan?
Sejak bercerai, Erra Fazira tetap berhubungan baik dengan bekas suaminya, Engku Emran. Dan masing-masing menjalankan tanggungjawab yang baik buat satu-satunya permata hati mereka, Engku Aleesya. Ya, mereka tidak lagi sebagai suami isteri tetapi mereka tetap ibu dan ayah kepada Aleesya. Itu hakikat yang tidak berubah. Heh.
Antara yang mencuri tumpuan ramai apabila tersebarnya beberapa gambar di internet menunjukkan Erra dan Engku Emran sama-sama meraikan hari ulangtaun kelahiran Aleesya yang ke-5, pada 31 Mac lalu. Dengarnya, sepanjang majlis penuh meriah si kecil nan cantik itu, suasana turut dimeriakan lagi dengan putaran lagu-lagut hits ibunya. Ahh… so sweet.
Terbaru, kita semua barangkali bakal menyaksikan tiga beranak ini ‘bersama semula’ tetapi dalam satu percutian ke luar negara, tidak lama lagi.
Beberapa jam lalu, Engku Emran menerusi laman sosial Instagram miliknya (@iamkumbre) telah memuat naik gambar sekitar kota New York di waktu malam. Apa yang menarik perhatian, kasyen pada gambar tersebut menyatakan,
Sedang beliau mendengar lagu Empire State of Mind (nyanyian Jay Z dan Alicia Keys) di dalam kereta pagi tadi, dalam pada itu beliau sempat berbual dengan puteri kesayangannya.
Kata Emran, beliau memberitau Aleesya yang mahu membawanya bercuti ke kota Metropolitan New York, Amerika Syarikat sebelum anaknya itu melangkah ke tadika September ini.
Kemudian Aleesya bertanya, “Macam mana dengan ibu, ayah?”. Engku Emran membalas, Ya, dia boleh ikut sama. Apa kata Aleesya tanya sendiri pada ibu, kalau-kalau dia nak ikut kita, ya…”.
Wah! Kami gembira mendengar berita ini. Malah melalui entry itu ramai pengikut IG Engku Emran memberikan komen positif yang kami kira ianya doa – peminat-peminat mahu Erra dan Engku sentiasa mengembirakan hati Aleesya.
Dan kami pasti, jika Erra punya kelapangan masa untuk mengikuti sama percutian bekas suami & anaknya itu, tentunya Aleesya lebih-lebih gembira! So, Aleesya… tugas awak sekarang tolong ayah, pujuk ibu awak ikut sama ya. Heh.
Engku Emran juga nampaknya telah pun mencetak t-shirt untuk digayakan Engku Aleesya dengan hashtag #prayformomandayah. Hmm.
Doakan yg terbaik…xlengkap keluarga klau xcukup pasangannya..go for it..
dh cerai baru nk ingat. kalau dia masing syangkan EF.. kenapa sanggup dia ceraikan EF aritu. anyway EE jgn lah nk propa.. EF smmgnye tau u sape.
good job!!!!!
Lafaz cerai mmg hak dari lelaki tetapi kalu pihak prempuan berkeras meminta utk dlepaskan buat apa yg lelaki nak tahan2? Masalag keluarga org lain org luar xperlu nak masuk campur xperlu la nak menambah2.. kan bagus kalau berdoa yg baik2 sahaja utk sesama islam
EF AND EE,,,,semoga bersatu kembali menjadi kuarga yg mawaddah, warahmah,,saling bermaafan antara satu sama lain…sedangakan ALLAH maafkn hambanya inikn pula kita hanya manusia biasa….
untuk Erra Fazira dan Engku Emran….semoga bersama berkumpul kembali membina kuarga yg lebih bahagia…demi anak yg tercinta.yg comel dan cantikk..
utk EE dan EF …. kembalilah bersama seperti dulu… yang lepas biarkan berlalu dan jdikan nya satu teladan…..ingt disaat bahagia… sayangilah EA … kesian EA yg sntiasa dahagakan kasih syg seorg ibu n bapa..
memang benar apa yg dikatakan oleh erra yg hati dan perasaan tidak boleh dipaksa, tapi pujuklah hati itu semoga dilembutkan, mungkin dulu salah bekas suami sebab tdk mahu berusaha kearah itu dan baru sekarang berbuat demikian. Tapi nasihat saya kpd erra, agar maaf kanlah bekas suami dan kalau dpt. bersatulah kembali demi anak tercinta. Menjadi seorg. pemaaf adalah yg terbaik dlm kehidupan. Ingat itu hidup ktk didunia ini adalah pendek, maka berilah peluang sekali lagi kpd. bekas suami, mana tau dia benar2 ikhlas utk berbaik, atau mungkin erra sendiri yg sudah ada pilihan sendiri waktu ini. Org kalau cantik tidak akan lama utk menyendiri tapi dlm masa yg sama akan bersendirian juga dlm. masa yg singkat.
Bila suami pujuk istri untkkembali bsma lbh baik krn lelaki rmai yg ego nk mmujuk. Kpntingan ank spttny jd keutamaan. Smoga keimanan diutamakan dri nafsu amarah..n smoga aleesya dpt mnyatukan ibubpany dlm keadaan yg lbh baik.. Amin!
k
Ajal,, jodoh dan rezeki milik Allah SWT. Setiap bakal yg berlaku hanya dia yang tahu…. Jd sebagai umat islam seagama lebih mulia kiranya kita mendoakan kebahagiaan org lain kerana itu dipuji Allah. Mudahan mereka bahagia bersama pilihan hati mereka sendiri yeaa……