Hannah Tan, Most Wanted Women In The World 2010 (Edisi Malaysia)

Majalah kegemaran penulis & juga teman serumahnya, FHM Malaysia hari ini secara rasmi mengeluarkan senarai 100 wanita paling di’kehendaki di’dunia untuk tahun 2010.

Di’kehendaki di sini bukan kerana mereka penjenayah tetapi kerana kemampuan mereka untuk meluruhkan & mencairkan isi perut para lelaki (seperti kami).

Tahun ini, untuk edisi Malaysia, Hannah Tan untuk kali kedua selepas tahun 2006 berjaya merampas takhta The Most Wanted Women in the World.

Untuk edisi antarabangsa, Marissa Miller berjaya merampas takhta tersebut dari Megan Fox walaupun pada tahun sebelumnya beliau jauh dari senarai Top 10.

Antara nama tempatan lain yang masuk dalam senarai adalah Julie Woon (#05), Sarah Lian (#27), Andrea Fonseka (#30), Daphne Iking (#40), Marion Caunter (#49) & Fazura (#66)

Nama-nama lain — Belinda Chee (#74), Nana XFM (!) (#84), Sari Yanti (#90), Juliana Evans (#93), Nora Danish (#96) & Lana Nordin (#99).

Kalau mahukan senarai penuh 100 Most Wanted Women in The World 2010, dapatkan edisi terbaru majalah FHM di’pasaran hari ini. Gambar selepas ini, enjoice! Teruskan Membaca

Akhirnya, Norman Hakim & Memey Suhaiza Bakal Bertunang Aidilfitri Ini

Kisah mereka ini sebenarnya sudah sampai ke tahap yang tepu untuk peminat hiburan Malaysia hadam, tetapi layankan sahaja.

Pasangan kontroversi sejak 2009 ini akhirnya bakal mengikat tali pertunangan pada hari raya keempat menurut laporan Harian Metro hari ini.

Memey Suhaiza mengesahkan berita ini & kedua-dua pihak setuju mengadakan majlis pertunangan itu di’rumah keluarga Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.

Memey Suhaiza juga ada mengatakan yang beliau sebenarnya tidak mahu bertunang kerana sudah kenal sangat akan hati budi masing-masing, tetapi Norman Hakim mahu melakukan semuanya sekali lagi.

Pasangan ini juga bercadang untuk melangsungkan majlis pernikahan & perkahwinan mereka awal tahun depan dan tidak mahu menunggu lama untuk membina ikatan cinta yang suci.

Hmmm.

MTV Lancarkan Laman Khas Untuk Peminat Muzik Malaysia, Sepi Di Tonton

Tajuk di’atas sebenarnya dua berita dalam satu. Namun kisah MTV telah mendominasi & kami yang kekenyangan malas mahu ubah. Let it be.

Pertamanya, channel televisyen yang semakin tenggelam populariti’nya hari ini baru sahaja melancarkan laman web khas buat peminat muzik Malaysia & Nusantara.

Laman web khas yang boleh di’akses melalui mtvmusic.my itu turut menyenaraikan beberapa video klip keluaran tempatan & negara seberang.

Walaupun koleksi video tempatan masih belum banyak, namun usaha MTV untuk membina sebuah arkib video muzik tempatan adalah di’puji.

Ini adalah kerana sebarang aktiviti arkib hasil karya anak tempatan oleh anak tempatan secara tidak rasmi pasti akan di’cincang lumat oleh RIM & si kapitalis.

Kedua, sepanjang hujung minggu ini (dan mungkin lebih lama lagi) peminat filem Khabir Bhatia boleh menonton filem Sepi arahan beliau di Tonton.com.my secara percuma. Ayuh layan perasaan!

Teka Siapa?

Gambar klasik comel ini di’ambil bersama sepupu selebriti ini ketika berumur 6 tahun di’sebuah lokasi yang entah di’mana tidak kami ketahui.

Sebagai permainan ringan awal pagi Isnin yang indah, siapakah selebriti yang kami maksudkan? Jawapan: Diana Danielle.

Siapakah beliau? Hint: Selebriti ini duduk & berambut perang dalam gambar di'atas.

  • Diana Danielle (58%, 313 Votes)
  • Juliana Evans (31%, 166 Votes)
  • Anjoulie Lavocah (8%, 43 Votes)
  • Hannah Tan (3%, 28 Votes)

Total Voters: 542

Loading ... Loading ...

(Video) Gadis Mata Duitan, Ini Untuk Anda Bagi Pihak Sang Penjual Burger

By now, kami rasa kebanyakkan dari anda sudah tahu akan kewujudan video di Facebook tentang seorang wanita yang mata duitan.

JIka belum anda tonton & tahu akan kewujudan video yang telah berjaya meraih simpati ramai sepanjang 24 jam yang lalu, tonton di Facebook.

Lelaki yang hanya bekerja sebagai penjual burger di’tinggalkan untuk seorang lelaki yang lebih kaya. Bukan itu sahaja, dengan ego & bongkak ‘menghina’ lelaki tersebut di corong radio.

Troll atau tidak, this shit always happens in real life. Lebihkan usaha, ramai lagi wanita yang berhati perut di’luar sana.

1234