fbpx

MTV Lancarkan Laman Khas Untuk Peminat Muzik Malaysia, Sepi Di Tonton

Tajuk di’atas sebenarnya dua berita dalam satu. Namun kisah MTV telah mendominasi & kami yang kekenyangan malas mahu ubah. Let it be.

Pertamanya, channel televisyen yang semakin tenggelam populariti’nya hari ini baru sahaja melancarkan laman web khas buat peminat muzik Malaysia & Nusantara.

Laman web khas yang boleh di’akses melalui mtvmusic.my itu turut menyenaraikan beberapa video klip keluaran tempatan & negara seberang.

Walaupun koleksi video tempatan masih belum banyak, namun usaha MTV untuk membina sebuah arkib video muzik tempatan adalah di’puji.

Ini adalah kerana sebarang aktiviti arkib hasil karya anak tempatan oleh anak tempatan secara tidak rasmi pasti akan di’cincang lumat oleh RIM & si kapitalis.

Kedua, sepanjang hujung minggu ini (dan mungkin lebih lama lagi) peminat filem Khabir Bhatia boleh menonton filem Sepi arahan beliau di Tonton.com.my secara percuma. Ayuh layan perasaan!