fbpx

(Gossip) Jimmy Shanley Kikis Tunang, Perkahwinan Dalam Tanda Tanya

Disclaimer: Informasi ini datang sepenuhnya dari forum hiburan terunggul, terhebat & terkemuka Malaysia, Cari.com.my.

Gossip artis Malaysia memang tidak mengenal bulan Ramadhan. Kalau sudah keluar, pasti akan keluar. Dan, kami kongsikan.

Hari ini, seorang peminat hiburan berkongsi kisah tentang seorang selebriti yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan tunang’nya yang juga seorang anak jutawan.

Dan, mata-mata yang mendengar gossip ini lantas mengenalpasti selebriti ini sebagai Jimmy Shanley & pelbagai kisah pun bermula.

Tunang Jimmy Shanley di’katakan masih ragu-ragu akan keputusan beliau untuk bersuamikan selebriti ini dek kerana perangai yang mata duitan.

Perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung Oktober ini (dan, bakal di’adakan di beberapa buah negeri) di’katakan masih belum di’mulakan apa-apa persiapan.

Menurut sumber lagi, ibu kepada si gadis sebenarnya yang lebih berminat untuk bermenantukan Jimmy Shanley berbanding si gadis yang tidak pernah bercinta sebelum ini.

Entah betul entah tidak. Jimmy Shanley yang selalu awam nampak agak mewah orangnya dengan syarikat keluarga & pelbagai kenderaan hebat.

Tidak mungkin Jimmy Shanley tergamak untuk menjadi mata duitan terhadap tunang tersayang, kan? Atau, ya?