fbpx

Timbaland Terbang Khas Ke Malaysia Untuk Konsert Arthur’s Day 2010

Nampaknya kredibiliti Malaysia sebagai destinasi superstar dunia membuat persembahan semakin baik & ini perkembangan bagus untuk anak muda Malaysia (/sarcasm).

Terbaru, sebuah konsert yang kini sudah pun menjadi acara tahunan di Malaysia, Arthur’s Day bakal membawakan satu nama besar & berpengaruh untuk tahun 2010 ini.

Siapa tidak kenal Timbaland adalah tidak wajar di’gelar peminat seni hiburan moden & maha lagha ini. Nama beliau sangat gah di’mata dunia sehinggakan ramai artis popular berebutkan sentuhan emas Timbaland.

Bukti? Justin Timberlake, Nelly Furtado, Madonna, Katy Perry, Keri Hilson, Leona Lewis, Mariah Carey, Wyclef Jean, Missy Elliott, LL Cool J, Keshia Chanté & Jay-Z. Ya, copy pasta dari Wikipedia.

Dan, untuk menaikkan sentimen anti hedonism di’kalangan peminat tegar PAS, konsert Arthur’s Day kali ini juga akan menampilkan Mizz Nina. Ya, gadis yang berduet dengan Colby O’Donis itu.

Berminat? Dapatkan tiket anda hari ini bermula dari RM88.50 dari Axcess Tickets. Tidak pasti samada harga tiket sekali dengan minuman penyuntik semangat atau tidak. Jom!

Video Timbaland bersama selebriti yang baru sahaja meninggalkan bumi Malaysia, Katy Perry selepas ini. Enjoice!

Tarikh & Masa: 24 September 2010 8.00 malam
Tempat: Sunway Lagoon Surf Beach, Malaysia
Harga Tiket: RM350, RM198, RM98
Booking Hotline: 603-7711 5000