fbpx

Update: Video dari seorang lelaki (wow!) menjelaskan yang Justin Bieber bukan di’baling dengan botol air — tetapi t-shirt & gula-gula.

Siapa peminat Justin Bieber di’sini? Anda bakal melihat satu penghinaan tertinggi buat seorang artis pujaan anda dalam video di’atas.

Mungkin juga tidak. Setakat kena baling botol air, perkara biasa buat artis besar jika mereka berjaya mengumpul jumlah peminat & pembenci yang sama banyak.

Menurut banyak sumber berita & juga mengambil kata-kata Justin Bieber selepas kejayaan beliau menepis botol air epik itu, pelontar di’kenal pasti sebagai seorang peminat wanita.

Ya, semestinya, mana ada lelaki sejati yang mahu hadiri konsert Justin Bieber. Dan, teringat kami akan insiden Tomok & geng New Boyz kena baling telur busuk seketika dulu.