Matawang sendiri yang kami maksudkan di’sini bukanlah matawang ciptaan Kelantan sendiri, cuma Kelantan sahaja yang kini mempuyai sistem dinar emas & dirham (perak).
Hari ini, kerajaan Kelantan dengan rasminya memperkenalkan kembali sistem yang sudah di’guna pakai sekian lama ke’dalam sistem ekonomi Malaysia.
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan yang beliau & kerajaan Kelantan positif untuk mengembangkan penggunaan sistem ini ke’semua peringkat termasuk pembayaran gaji pekerja.
Sistem dinar emas & dirham ini akan di’uruskan secara total oleh Kelantan Gold Trade (KGT), sebuah anak syarikat Kelantan Menteri Besar Incorporated (PMBK).
Nik Aziz juga menyebut masih ada beberapa masalah teknikal yang perlu di’perbaiki & di’perhalusi untuk menjadikan sistem dinar emas & dirham ini lebih efisien.
Menurut beliau juga, lebih 1,000 peniaga & usahawan bersetuju untuk menggunakan sistem ini termasuk Lembaga Tabung Haji & Bank Islam Malaysia.