fbpx

Pasangan Kekasih Panas, Awal Ashaari & Scha al-Yahya Bakal Berkahwin

Pelik. Sepatutnya kredit untuk berita ini adalah untuk Gua.com.my namun laman hiburan itu menarik balik laporan berita ini tidak sampai 24 jam.

Bertuahnya anda sebagai peminat adalah ada golongan kami yang peka dengan berita baru biarpun baru 5 minit di’siarkan. Maka, kami simpan sedutan berita tersebut.

Copy pasta artikel yang hilang dari Gua.com.my bermula selepas ayat ini. Kami tidak mahu siarkan versi sendiri kerana takut salah informasi. Ada urat takut juga kami rupanya. Heh!

Hubungan cinta antara Awal Ashaari & Scha sudah tidak asing lagi. Scha & Awal juga sudah mengaku mereka berdua memang bercinta.

Awal Ashaari juga difahamkan memang mahu menjadikan Scha sebagai isterinya cuma tarikh perkahwinan belum dipastikan lagi.

“Kalau difikirkan tentang batasan-batasan sebelum berkahwin, memang saya sudah tidak sabar untuk berkahwin dengan Scha. Tetapi apabila difikirkan tentang komitmen, saya tidak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan.”

“Lagipun, hubungan saya dan Scha baru berusia 10 bulan. Biarlah kami ambil sedikit masa lagi untuk mengenali hati budi masing-masing. Tetapi tak naklah lewat sangat.”

“Kalau ikut perancangan, saya ingin berkahwin pada umur 30 tahun, tapi tengoklah macamana nanti. Tak berani hendak cakap. Buat masa ini saya dan Scha memang tidak pernah tetapkan tarikh kahwin.”

“Apa yang penting sekarang ini ialah perhubungan saya dan Scha mendapat restu kedua-dua belah keluarga. Saya memang pentingkan perkara ini sebab saya ini ‘family man’,” jelas Awal.

Dalam pada itu, Awal sempat bercerita tentang gandingan pertamanya dengan Scha dalam telemovie berjudul ‘Prebet Jamilah’.

Menurut Awal, tidak mudah untuk dia dan Scha bekerjasama kerana persekitaran kerja membuatkan dia dan Scha merasa tertekan.