fbpx

Akhirnya, Norman Hakim & Memey Suhaiza Bakal Bertunang Aidilfitri Ini

Kisah mereka ini sebenarnya sudah sampai ke tahap yang tepu untuk peminat hiburan Malaysia hadam, tetapi layankan sahaja.

Pasangan kontroversi sejak 2009 ini akhirnya bakal mengikat tali pertunangan pada hari raya keempat menurut laporan Harian Metro hari ini.

Memey Suhaiza mengesahkan berita ini & kedua-dua pihak setuju mengadakan majlis pertunangan itu di’rumah keluarga Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.

Memey Suhaiza juga ada mengatakan yang beliau sebenarnya tidak mahu bertunang kerana sudah kenal sangat akan hati budi masing-masing, tetapi Norman Hakim mahu melakukan semuanya sekali lagi.

Pasangan ini juga bercadang untuk melangsungkan majlis pernikahan & perkahwinan mereka awal tahun depan dan tidak mahu menunggu lama untuk membina ikatan cinta yang suci.

Hmmm.