fbpx

Adu Soal Lain, Kena Tahan Sebab Lain: Raja Azmi Kini Di Lokap Polis

Raja Azmi, layak sudah bergelar Ratu Kontroversi selepas satu per satu isu timbul.

Satu Malaya sudah tahu kebarangkalian Raja Azmi adalah punca keruntuhan rumahtangga Roslin Hashim adalah tinggi.

Kisah itu belum selesai, Raja Azmi di’katakan kini sedang meringkuk dalam lokap IPD Ampang.

Asalnya, Raja Azmi tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang dekat sini untuk membuat satu laporan polis berhubung satu SMS berunsur ugutan yang beliau terima.

Tetapi, Raja Azmi terus di’tahan selepas pihak polis mendapati beliau mempunyai waran tangkap dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana tidak hadir perbicaraan pada 21 Julai lalu bagi satu kes pertikaian komersial.

Suami’nya (yeah), datang untuk mengikat jamin namun tidak di’benarkan pihak polis kerana Raja Azmi bakal di’bawa ke mahkamah hari ini juga.

Sudahlah perlu berbuka puasa di’dalam lokap, satu lagi masalah menimpa produser kontroversi ini setelah skandal bersama Roslin Hashim belum reda.

Sumber Berita & Artikel: Kosmo Online