(Gossip) Raja Farah Bawa Teman Lelaki Ala Mat Rempit Tonton Wayang
February 28, 2010 by RotiKaya Staff
Filed under Celebrities, Gossip, Photos

Disclaimer: Sebahagian informasi dalam artikel ini datang dari forum hiburan terunggul, terhebat & terkemuka Malaysia, Cari.com.my.
Bukanlah kami kata teman lelaki terbaru Raja Farah ini datang dari golongan Mat Rempit, nanti ada yang cemburu pula.
Maklumlah, golongan Mat Rempit hari ini bukan sekadar golongan biasa, sudah di’angkat berkali-kali ke layar perak. Sekarang boleh ada kekasih dari kalangan artis pula, mana boleh jadi kan?
Seorang wartawan awam malam tadi terlihat Raja Farah bersama seorang lelaki beratur untuk membeli tiket wayang di sebuah pusat beli belah terkemuka di ibu kota.
Sumber tersebut memberitahu yang lelaki tersebut bukan dari kalangan artis & penampilan’nya agak selekeh dan boleh di’gelar ala Mat Rempit.
Raja Farah & lelaki tersebut juga kelihatan begitu mesra & mempamerkan aksi bak sepasang kekasih dengan berpelukan dari belakang.
Kami yang agak curious ini cuba mencari gambar lelaki yang sumber ini maksudkan — kami ketemu satu koleksi gambar.
Raja Farah bersama seorang lelaki yang memang tidak pernah kami lihat tetapi tidak di’ketahui status perhubungan mereka yang sebenar.
Gambar di’atas di’ambil ketika mereka berdua terbang pulang selepas bercuti di Jakarta, Indonesia.
Entah betul entah tidak jejaka yang sumber lihat sama dengan jejaka dalam gambar ini. Sila berikan kepastian buat kami ya Raja Farah.
(Gambar) Sharifah Shawati – Mother I’d Love to Cook With
December 25, 2009 by RotiKaya Staff
Filed under Celebrities, Photos

Serius, kalau kami di’beri peluang untuk ke’dapur & masak masakan Itali bersama Sharifah Shawati, kami mahu!
Salah satu sebab adalah kerana Sharifah Shawati baru sahaja di’nobatkan sebagai salah seorang dari 20 Most Glamourous Women 2009 di Malaysia oleh majalah GLAM.
Keduanya adalah kerana Sharifah Shawati masih kelihatan hot & seksi walaupun sudah bergelar isteri orang & ibu kepada dua orang anak.
Lagi gambar terbaru Sharifah Shawati ketika menghadiri satu majlis sosial selepas ini. Enjoice! Read more
(Gambar) Keluarga Chef Wan Bersama Bakal Menantu, Gavin Edward
December 24, 2009 by RotiKaya Staff
Filed under Celebrities, Photos
(Sumber Berita & Gambar: Terima kasih mStar Online)
Okay. Blah blah blah. Semua orang sudah tahu rasanya tentang majlis perkahwinan gilang gemilang yang bakal di’tempuhi Serina Chef Wan dan bakal suami’nya, Salahudin Ghaffar (Gavin Edward O’luanaigh).
Majlis perkahwinan mereka akan berlangsung 1 Januari ini & bakal menjalani 6 jenis majlis resepsi untuk meraikan tetamu & kenalan terdekat juga para peminat.
“Walaupun majlis-majlis ini belum berlangsung lagi, saya sudah tertekan. Saya berharap kami berdua akan segar dan sihat sepanjang majlis itu nanti,” Serina mengadu kepada wartawan.
Yang menarik perhatian kami adalah sekeping gambar yang menghimpunkan semua ahli keluarga Chef Wan termasuk bekas isteri beliau, Norhayati yang sangat jarang muncul di’media.
Kepada pasangan Serina & Salahudin Ghaffar, semoga perkahwinan kalian kekal abadi. Layangkan kad jemputan ke’sini jika sudi.
(Gambar) Pelbagai Aktiviti Keluarga Norman Hakim & Memey Suhaiza
December 23, 2009 by RotiKaya Staff
Filed under News, Photos

(Sumber Gambar & Berita: Terima Kasih Fuad – Forum Syok.org)
Nampak gayanya pasangan ini seakan tidak pedulikan lagi segala tohmahan yang mereka terima. Sentiasa positif bak kata orang.
Koleksi gambar aktiviti Norman Hakim & Memey Suhaiza ini menunjukkan yang mereka sememangnya sedang lemas dalam arus percintaan. Seperti cinta pertama untuk kedua-duanya.
Ada beberapa keping gambar di’bawah yang mengiyakan dakwaan Memey Suhaiza yang beliau kini sangat rapat dengan anak-anak Norman Hakim.
Dari pengamatan kami, Memey Suhaiza kini di’terima baik dalam keluarga Norman Hakim & tidak mustahil mereka akan berkahwin tidak lama lagi.
Lagi gambar pasangan kontroversi Norman Hakim & Memey Suhaiza selepas ini. Enjoice! Read more
Bakal Isteri Zizan Nin Bertudung, Kahwin Bulan Hadapan
December 18, 2009 by RotiKaya Staff
Filed under Celebrities, News

Alhamdulillah. Akhirnya jejaka berwajah manis ini bakal menamatkan zaman bujang tidak berapa lama lagi.
Di’temui media ketika menghadiri majlis pembukaan sebuah pusat kesihatan, Zizan Nin mengakui beliau kini sibuk buat segala persiapan yang patut.
Apabila di’tanya tentang siapa gerangan gadis yang bertuah, Zizan Nin mengakui bakal isterinya datang dari kalangan bukan selebriti.
“Dia orang biasa dan bukannya selebriti. Kami sudah saling mengenali sejak lebih setahun lalu. Saya dan dia menjadi rapat selepas diperkenalkan oleh kawan-kawan”
Mereka berdua yang telah menghadiri kursus perkahwinan Aidiladha lalu bakal di’satukan bulan hadapan dengan restu keluarga.
Kami suka personaliti Zizan Nin yang bekerjaya sebagai selebriti namun dapat menghindarkan diri dari gossip liar.

