fbpx

Beego & Linda Harap Perdana Menteri Hadir Ke Majlis Kahwin

Bakal melangsungkan majlis perkahwinan mereka pada Jun 2013, Beego & Linda Hashim telah mengedarkan kad jemputan dan Perdama Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi yang pertama menerimanya.

Beego menyerahkan kad jemputan perkahwinan mereka kepada Perdana Menteri di majlis Ramah Mesra bersama Ikon dan Persatuan Seni Budaya Tanah Air yang berlangsung di Putrajaya, Rabu lalu.

“PM menjadi individu pertama yang dijemput ke majlis perkahwinan saya pada bulan Jun nanti dan saya benar-benar berharap beliau akan hadir”

“Bagaimanapun saya memahami jika beliau tidak dapat hadir kerana sibuk dengan tugas hariannya,” jelas Beego kepada mStar Online hari ini.

Beego turut memberitahu yang persiapan majlis perkahwinan mereka berjalan lancar dan tiada apa yang perlu di’risaukan. Pasangan ini telah merancang untuk bernikah pada 6 Jun 2013.