Suami Izreen Azminda Nafi Lafaz Cerai
Berita paling mendapat perhatian hariini, Muhammad Riza nyata sekali terkejut apabila menerima perkhabaran lafaz cerai yang dibuat semasa tiba di Pulau Pinang menemui isterinya, pelakon Izreen Azminda di set penggambaran.
Riza yang merupakan jurukamera bebas berkata, dia baru sahaja memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur 14 Mei lalu dan sehingga kini masih menunggu tarikh untuk dipanggil pihak mahkamah.
BACA: Izreen Azminda Pasrah Kena Cerai Di Lokasi Penggambaran
“Kami belum lagi bercerai. Dan saya belum melafazkan talak pada Izreen. Kami baru menfailkan perceraian pada Rabu dan masih menunggu tarikh perbicaraan lagi”
“Saya akui rumah tangga kami bermasalah dan sudah tidak tinggal sebumbung sebulan lalu — namun kami belum bercerai secara sah”
Menjelaskan kedatangannya ke Pulau Pinang, terang Riza dia mahu menghantar anak mereka Adrian Umar bagi melepaskan rindu terhadap ibunya selain mahu berbincang tentang kes perceraian mereka beserta hak penjagaan anak.
“Saya jumpa dia kerana nak temukan Adrian kerana dah lama tak jumpa. Dan kesempatan itu saya ambil untuk berbincang mengenai perceraian kami. Namun saya kesal apabila pertemuan itu disalah tafsir oleh pihak tertentu yang tidak bertanya lanjut dahulu kepada kami perkara sebenar”
Dia terkilan dengan berita perceraian tersebut dan yang dianggap menjatuhkan maruahnya sebagai seorang lelaki. Ramai pihak mula menghubungi untuk mendapatkan penjelasan sebenar selain dituduh tidak waras.
“Berita itu sangat teruk sehingga menggambarkan saya sebagai seorang lelaki yang tidak waras kerana melafazkan cerai di tempat yang tidak sepatutnya. Saya ambil dia sebagai isteri dengan cara baik dan saya akan lepaskan dengan cara baik dan bukan seperti yang ditulis”
“Laporan itu tidak benar sama sekali,” jelas Riza kepada mStar Online hari ini. (rtky/bsr)
Cedok dr artikel last year :
Justeru apabila perancangan Izreen dan Riza untuk bertunang dicium pihak media, timbul pula kontroversi di pihak Riza. Seperti biasa laman web internet menjadi medan yang kononnya cuba membogelkan kisah sebenar Riza, sekali gus dilihat sebagai percubaan dalam menghalang pertunangan mereka.
Kononnya dalam salah sebuah blog gosip ada individu tertentu yang didakwa menghantar e-mel yang menampilkan kenyataan pencetus daripada seorang pengurus produksi yang hanya dikenali sebagai Rafeda. Dakwa Rafeda dia merupakan tunangan Riza dan Izreen pula dilabelkan sebagai perampas tunang orang dan dalam kes ini tunang Rafeda!
Tidak cukup dengan itu, Riza juga didakwa pernah berkahwin dengan bekas isteri pelakon Badrul Muhayat, Julia Daud yang mana kes Badrul dan Julia juga pernah menjadi isu panas apabila Badrul meninggalkan Julia yang ketika itu sedang sarat mengandung anak pertama mereka.
Rafeda juga mendakwa dia dan Riza pernah bercuti ke luar negara dan masih menyimpan segala bukti yang berupa gambar-gambar dan rakaman video sepanjang percutian mereka itu. Malah, ada yang lebih kontroversi,
Rafeda turut didakwa pernah mengandung anak luar nikah daripada benih Riza tetapi Riza telah mengambil keputusan untuk menggugurkan kandungan Rafeda kerana ketika itu Riza masih bergelar suami kepada Julia!
Riza mengakui pernah mengenali Julia selain berterus terang bahawa dirinya pernah dan berkahwin serta mempunyai seorang anak. Sememangnya Riza yang tidak mahu menyembunyikan hakikat status dirinya yang sudah bergelar duda itu.
“Saya pernah berkahwin, tetapi bukan dengan Julia Daud seperti yang didakwa. Memang saya ada berkawan dengan isteri pelakon Badrul Muhayat itu kira-kira lapan tahun lepas, tetapi hubungan itu tidak lama. Ia cerita lama tetapi dibangkitkan semula, saya pun terkejut,” ujar Riza.
Menjelaskan isu perkahwinan pertamanya Riza memberitahu, dia berkahwin dengan wanita biasa tetapi hanya bertahan selama dua tahun.
“Saya dikurniakan seorang anak lelaki yang kini dijaga bekas isteri.
Tak faham. Laki ckp cmni. Bini ckp cmni. Mne satu daaaaa..
Aku fikir apacCam soap opera buat aku pening….takde gossip lain ke…sapa ni minah & mamat dahi cap sepen ni…??? Aduh!!!!!!
minah ne dr mula blkon smpai skunk prgai xsemengah je =.=’
Laloli