Kisah yang mengatakan kononnya mereka berdua ini terlalu rapat sehingga ke peringkat bercinta bukan perkara baru untuk anda yang mengikuti perkembangan dunia hiburan dan tidak kurang ada yang mendoakan mereka bertemu jodoh.

Menjawab persoalan ini kesekian kalinya, Amar Baharin berkata beliau selesa berkawan dengan Izreen Azminda dan mereka sering juga berkongsi masalah serta bertukar pandangan sama ada mengenai kerja termasuk peribadi.

“Saya ada juga kawan rapat lain tetapi dia adalah kawan perempuan yang paling rapat dengan saya. Dia baik dan comel serta banyak menolong saya dalam industri ini,” ujarnya.

BACA: Izreen Azminda Lega Terima Hak Jagaan Anak, Tegas Dengan Bekas Suami

Amar Baharin turut berkata yang beliau takut untuk jatuh cinta dengan rakannya itu selain sentiasa mendoakan kebahagiaan Izreen Azminda andai wanita itu mempunyai pilihan hati sendiri.

“Saya selalu doakan kebahagiaan dan yang terbaik untuk dia. Saya tiada masalah kalau dia jumpa orang lain lagipun kami hanya kawan. Sebenarnya, saya lagi takut jika jatuh cinta dengan kawan baik sebab apabila berkawan, kita tidak perlu terlalu control”

“Jika persahabatan bertukar rasa cinta, akan timbul rasa janggal. Jadi, rasanya baiklah jadi kawan baik sampai bila-bila,” katanya sambil tidak menolak jika ada jodoh antara mereka. (rtky/fr)