Jika bulan lalu, laporan media ada menyebut Beego merancang untuk menghantar rombongan merisik dan hari ini di’khabarkan sudah pun selesai mengikat tali pertunangan.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Berita Harian menulis desas desus mengatakan pasangan ini telah bertunang pada 3 November 2012 lalu & ianya di’sahkan sendiri oleh Linda Hashim melalui mStar Online.
“Ya, saya & Beego sudah bertunang tapi saya minta maaf tidak dapat bercerita lebih lanjut kerana keluarga tidak mahu saya kecoh kecoh buat masa ini,” kata Linda Hashim.
Beego dan Linda Hashim di’khabarkan bakal berkahwin pada sekitar Mac 2013 dengan Beego bakal memberikan hantaran sebanyak RM25,000 kepada Linda Hashim.
Tahniah buat Beego & Linda Hashim atas pertunangan anda dan semoga perancangan untuk mendirikan rumahtangga pada Mac 2013 nanti berjalan dengan baik. Sila jemput kami yang tidak tahu malu ini. Heh.