fbpx

Nurul Wahab Dedahkan Nama Anak, Ada Sebab Berahsia

Sebelum ini Nurul Wahab Depp hanya mendedahkan nama bayi sulung bersama suami, Eric Depp sebagai Z dan selebriti ini mengakui mempunyai sebab tersendiri kenapa beliau merahsiakan nama penuh anaknya itu dari khalayak ramai.

“Saya terasa hati dengan sesetengah pihak yang selalu hendak tahu semua perkara termasuk soal peribadi yang adakalanya terlalu personal bagi saya.

“Tapi apabila sudah berkongsi, lain pula jadinya, tetap ada perkara yang orang tak puas hati. Jadi, lebih baik saya rahsiakan dulu sampai waktu yang betul-betul sesuai seperti sekarang,” ujarnya kepada Kosmo! hari ini.

Menerusi tulisan beliau di blognya, Nurul Wahab mendedahkan yang nama Zachary Depp dipilih dari senarai nama yang dibuat selepas tahu yang bayi yang bakal lahir adalah lelaki dan suaminya cenderung untuk memilih nama Mikhail.

Penyanyi ini turut mendedahkan yang beliau suka akan nama Zachary bermula sejak zaman di sekolah lagi apabila terjatuh hati akan seorang senior kacak dengan nama yang sama.

Menurut Nurul Wahab lagi, Zachary Depp yang bakal berusia 3 bulan esok sebagai seorang yang tidak banyak ragam dan akan tersenyum kepada beliau dan suami setiap kali bangun pagi.

Nurul Wahab turut kongsikan beberapa keping gambar Zachary Depp untuk tatapan para peminat yang ingin melihat wajah anaknya yang mempunyai darah French-mamak itu. Heh.