fbpx

Video: Beego Harap Pihak Berkuasa & Mahkamah Gugur Kes Tuduhan Khalwat

Usai melangsungkan majlis perkahwinan pada hujung minggu lalu, Beego berharap pihak berkuasa serta mahkamah akan gugurkan kes tuduhan khalwat terhadap dirinya ketika ini.

Menurut Beego, sehingga kini pihak pendakwa gagal menampilkan bukti kukuh bahawa dirinya bersalah. Malahan sewaktu kes sebutan yang baru baru ini, pihak Jabatan Agama Islam gagal menampilkan saksi-saksi.

“Saya tak mahu masukkan isu politik dalam hal ni. Cuma saya harap Jabatan Agama dan apa juga jabatan, dapat gugurkan kes ni. Saya akan naik mahkamah lagi. Sebenarnya macam ni, untuk hearing yang lalu, saksi-saksi daripada Jabatan Agama Islam tak muncul. Kalau ikutkan saya boleh menang kes ini,” jelas Beego.

Ikuti penjelasan lanjut Beego berkaitan tuduhan khalwat di mahkamah yang masih berjalan ketika ini dalam video di atas selain harapan beliau dalam perkahwinan bersama Linda Hashim kali ini.