Gossip: Cinta Syamsul Yusof & Liyana Jasmay Kini Kembali Bertaut?

Selamat tahun baru Cina kepada semua. Jadi, berapa banyak limau mandarin sudah anda hadam hari ini kawan kawan? #RACIST

Kalau anda masih ingat, sekitar awal 2011 ketika filem Khurafat sedang hangat di’pawagam, ada kita terdengar tentang kisah cinta antara Syamsul Yusof dan Liyana Jasmay.

Kita faham ketika itu mungkin ia satu strategi untuk menarik para penonton ke pawagam. Namun satu kisah terbaru kami dengar mengatakan yang mereka kini sudah kembali bercinta.

Menurut sumber yang menulis, Liyana Jasmay dan Syamsul Yusof di’katakan kini sudah berani keluar berdua bersama dan memperlihatkan aksi manja antara mereka.  Teruskan Membaca

Gambar: Selebriti Wanita Melaram Di Karpet Merah Festival Filem Malaysia Ke 24

Berakhir sudah Festival Filem Malaysia ke 24 (FFM 24) yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) malam tadi.

Tahniah buat KRU Studios yang berjaya membawa pulang anugerah Filem Terbaik menerusi filem epik mereka Hikayat Merong Mahawangsa.

Anugerah Pengarah Terbaik sekali lagi jatuh kepada Syamsul Yusof menerusi filem KL Gangster — dan ini merupakan tahun kedua Syamsul Yusof membawa pulang gelaran ini.

Antara yang menjadi perhatian sebelum majlis berlangsung pasti’nya gaya selebriti yang hadir memeriahkan acara karpet merah di’luar dewan yang di’acarakan oleh Didie Alias, Aril AF & Reza Mohammad.

Untuk siri kali ini, kami tampilkan barisan selebriti wanita yang pasti anda kenal walau tanpa kami menyebut nama — termasuk Liyana Jasmay yang nampak sedikit basah di’bawah sana. Enjoice! Teruskan Membaca

Liyana Jasmay Mahukan Khidmat Komposer Indonesia Untuk Album Kedua

Selepas beberapa hari bertarung dengan raksasa dalam server yang kami duduki, akhir’nya laman hiburan kesayangan anda semua kembali stabil — seperti ekonomi Malaysia.

Jika ada rakan rakan yang tidak boleh akses, minta mereka kosongkan cache pelayar web masing masing dan cuba sekali lagi. Liyana Jasmay, okay Liyana Jasmay.

Cinema Online hari ini melaporkan yang penyanyi & pelakon Liyana Jasmay kini sedang merancang untuk merakamkan album kedua selepas kejayaan album pertama dengan single Aku Tak Percaya Cinta.

Demi mencari kelainan, Liyana Jasmay bercadang terbang ke Indonesia mencari komposer berbakat dari sana untuk bekerjasama dalam album terbarunya nanti.

Menurut Liyana Jasmay yang kini sudah pun bergelar penerbit & mempunyai syarikat produksi sendiri — beliau bukan memandang rendah bakat komposer tempatan tetapi ini lebih kepada mencuba sesuatu yang baru.

Liyana Jasmay turut menamakan Rian d’Masiv & Ari Lasso sebagai dua orang komposer Indonesia yang beliau ingin jumpa & seterusnya bekerjasama untuk album terbaru. Gambar dari Instagram Liyana Jasmay

(Video) Unchained Melody versi Aizat & Uncle Khalid, The Awesome Duet

Pasti ramai tanya siapa Uncle Khalid? Kami juga kurang pasti bagaimana pertalian saudara antara Aizat dengan Uncle Khalid, namun keluarga mereka nampak rapat.

Maafkan kami jika sumber maklumat kami kurang tepat namun yang pasti video duet mereka berdua ini boleh masuk kategori epik.

Aizat yang baru sahaja memenangi anugerah penyanyi lelaki paling popular selalu kita nampak membuat persembahan atas pentas, bukan lantai rumah.

Ini peluang anda semua untuk lihat persembahan Aizat & Uncle Khalid secara santai. Dengarkan Unchained Melody versi mereka selepas ini. Enjoice! Teruskan Membaca

1234