fbpx

Liyana Jasmay Bakal Anjurkan Majlis Khas Untuk Umum Jantina Anak

Lama tidak dengar kisah terbaru Liyana Jasmay ‘kan? Tahu tahu sudah 7 bulan usia kandungan dan seperti yang boleh anda lihat melalui gambar di atas, selebriti ini kekal comel dna jelita. Heh.

Bercakap kepada Utusan Malaysia petang semalam, Liyana Jasmay mendedahkan yang beliau akan mengumumkan jantina anaknya pada majlis khas yang akan diadakan pada 5 April ini.

Menurut pasangan duet Shaheizy Sam untuk lagu terbaru berjudul Bangun itu lagi, beliau yang sudah tahu jantina anaknya itu sengaja merahsiakan perkara itu sebagai satu kejutan buat pihak media massa dan juga para peminat.

“Pada majlis itu juga akan diadakan doa selamat. Saya akan umumkan jantina anak saya selepas majlis itu nanti. Cuma buat masa ini, saya sudah ada nama panggilan untuk bayi saya itu yang diberi nama Sofi sahaja sebagai panggilan manja”

“Kami sekeluarga memang macam itu, sebelum melahirkan anak kakak saya dulu juga pernah memberi nama manja sebelum bayinya dilahirkan,” tambah Liyana Jasmay lagi. (rtky/m)