Kurang 60 jam daripada sekarang, Liyana Jasmay bakal di’ijabkabulkan dengan lelaki pilihan beliau, Fathudin Mazlan seperti yang sudah diketahui ramai dan majlis mereka memang di’nantikan.

Malam tadi, berlangsung majlis berinai sebagai persediaan pasangan ini sebelum majlis pernikahan & persandingan mereka berdua yang bakal berlangsung dalam satu hari pada 2 Februari ini.

Majlis berinai Liyana Jasmay pada malam ini bertemakan Bollywood di’mana ianya terserlah pada pemakaian aktress ini sendiri & para tetamu yang terdiri daripada keluarga, teman rapat & juga rakan artis.

Beberapa gambar sekitar majlis yang mula muncul di internet kami kumpul & kongsikan di’sini untuk tatapan anda semua.

Jangan lupa untuk ikuti liputan kami untuk perkahwinan Liyana Jasmay dan Fathudin Mazlan Sabtu ini bermula 10.00 pagi.

Sumber: Umie Aida, Nabila Huda, Lisa Surihani & Liyana Jasmay via Instagram