Kami mula mendengar khabar mengatakan yang bapa Liyana Jasmay bakal bercerai tetapi pula dalam pengetahuan kami pelakon ini mempunyai ibu tiri.

Utusan Malaysia 24 jam lepas melaporkan yang isteri kedua kepada bapa Liyana Jasmay telah memfailkan permohonan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.


Tengku Noraizah Sultan Abu Bakar memfailkan permohonan cerai terhadap defendan, Jasmay Md. Shah, 59, mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Negeri Selangor 2003.

Jasmay Md. Shah merupakan Pengarah Pengurusan Besta Distributors Sdn Bhd & butir punca permohonan cerai ini tidak di’dedahkan kepada media menurut laporan.

Kedua dua mereka hadir ke mahkamah tanpa peguam syarie masing masing & Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin telah menetapkan 19 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes.