Semalam Liyana Jasmay telah melancarkan busana muslimah pertama rekaan beliau, Bella Liyana Collection dan ini menimbulkan persoalan dikalangan peminat sama ada pelakon dan penyanyi ini sudah bersedia untuk berhijrah seperti rakan rakan artis lain.

“Insya-Allah apabila sampai masa, pastinya saya akan pakai tudung. Kakak saya, Adriana Jasmay menjadi contoh terdekat tampil bertudung memenuhi tuntutan sebagai wanita Islam”


“Kakak saya sendiri pakai tudung dari suka-suka sejak Ramadan dan terus melekat. Kalau boleh saya pun nak jadi macam itu,” ujar Liyana Jasmay kepada Berita Harian.

Dalam perkembangan berkaitan, Liyana Jasmay turut berkata beliau kini akan lebih memilih watak yang bakal dilakonkan untuk mengelak adegan bersentuhan walaupun syarat itu bukanlah ditetapkan oleh suami beliau sendiri.

“Walaupun suami tidak meletakkan sebarang syarat, tetapi benda-benda macam kita perlu peka & jaga hatinya dan keluarga agar mereka tidak terasa dengan lakonan yang dipaparkan nanti — alhamdulillah keputusan itu langsung tidak menyekat rezeki saya,“ ujarnya.

“Dan walaupun seseorang pelakon itu tidak meletakkan sebarang syarat pengarah hendaklah tahu, status mereka yang sudah berkahwin tidak perlu diberi adegan-adegan panas,“ tambah Liyana Jasmay bercakap kepada mStar Online hari ini.

Koleksi jubah Bella Liyana boleh didapati di butik Bella Ammara yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. Ia dijual dengan harga hanya RM294. (rtky/m)

SUMBER: Berita Harian / mStar Online / Bella Ammara