Bakal Bersalin Jun, Liyana Jasmay Anjur Doa Selamat Buat Bakal Anak
Menurut Liyana Jasmay dalam satu temubual bersama media sebelum ini, beliau sudah lama sebenarnya merancang untuk mengadakan majlis doa selamat bagi menyambut kelahiran bayi yang bakal lahir.
Sabtu lalu satu majlis doa selamat telah diadakan di kediaman keluarga Liyana bagi menyambut kelahiran anak sulungnya. Majlis doa selamat itu turut meraikan kakaknya, Adriana yang juga bakal melahirkan anak pada Mei ini.
BACA: Liyana Jasmay Bakal Anjurkan Majlis Khas Untuk Umum Jantina Anak
Majlis telah diadakan di rumah keluarga Liyana di Kemensah Height dan di majlis tersebut Liyana mengumumkan bakal menerima kelahiran bayi perempuan. Liyana yang kini hamil 7 bulan dijangka akan melahirkan bayi sulungnya di Prince Court Medical Centre pada Jun hadapan.
“Kalau nak tahu, saya sudah membuat pelbagai persiapan menantikan anak sulung saya ini dengan menyediakan sebuah bilik untuknya. Dan rasanya saya dah banyak beli baju anak, risau pula jika ia tidak sempat nak dipakai. Maklumlah, bayi kan cepat membesar”
“Apa-apa pun, saya akan menjaga dia seperti seorang puteri. Sama macam ibu saya menjaga saya ketika kecil,” ujar Liyana Jasmay yang ditemui pihak media.
Segala persiapan bayi telah disiapkan. Malah Liyana telah mengupah seorang bidan bagi menjaganya sepanjang tempoh berpantang. Beberapa rakan artis lain turut kelihatan hadir di majlis doa selamat tersebut. Antara nya Awal Ashari, Scha Alyahya, Qalisya Ray.
Di sini turut kami sertakan sekali beberapa gambar disekitar majlis doa selamat yang berlangsung Sabtu lalu untuk tatapan anda. Doakan yang baik baik sahaja supaya perjalanan Liyana Jasmay untuk bersalin nanti dipermudah. (rtky/bsr)
Kekalkan bertudung tu apa salahnya? Kejap bukak kejap tutup. Kang klu orang tegor kang, mula la hujah dia – Tegur sedara mara/sepupu sepapat korang dulu sebelum tegur kami. atau pon – Sy xnak jadi hipokrit sbb hati belom sedia nak bertudung. Aku pon xpaham la… bertudung utk majlis doa selamat kan lebih afdol kan
yg btudung tu bukan kakak dia ke? adriana…
crayon shin chan ke tu?
Plg suker tgk pasangan ni ….bahagia….lw n encem….
awal tu dh kenapa ke hulu hilir bawa batang penyapu?
Alhamdulillah… doa selamat bukannya “Baby Shower” macam retis lain.
buat kenduri doa selamat kan bagus….
Semoga bby dn mama selamat.insyaAllah
olga,kau ni ketinggalan zmn kot…tu bkn btg penyapu…tu monopod utk senang berselfie so tak pyh susah2 nak suruh org ambik gbr..
Assalamualaikum
Blogwalking here..Feel free to visit my blog
http://bit.ly/1hVGNsW
TQ :)
HARIMAU MALAYA KERUGIAN!!
Peminat bola sepak Malaysia mungkin sudah terlupa atau sedang asyik menikmati kerancakan Liga Super Malaysia.FAM buat masa hari ini ternyata masih lagi gagal menamakan calon Pengendali pasukan Kebangsaan Malaysia BACA SELANJUTNYA >>> http://cantikpermainan.blogspot.com/