Aktress dan penyanyi Liyana Jasmay akhirnya bergelar isteri kepada usahawan Fathudin Mazlan dalam satu majlis akad nikah yang di’adakan di Kuala Lumpur hari ini.

Majlis akad nikah Liyana Jasmay dan Fathudin Mazlan dilangsungkan di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur pagi ini.


Pasangan ini di’ijabkabulkan sendiri oleh ayah Liyana Jasmay dalam dua kali lafaz dengan seutas gelang tangan emas sebagai mas kahwin.

UPDATE-1: Mereka sah bergelar suami isteri sekitar 10.27 pagi tadi.

Liyana Jasmay menerima 5 dulang hantaran termasuk wang hantaran berjumlah RM 28,388.00 dan membalas dengan 7 dulang hantaran kepada pihak lelaki.


Tahniah di’ucapkan kepada Liyana Jasmay, Fathudin Mazlan dan seisi keluarga atas penyatuan dua hati hari ini. Semoga kekal sehingga ke pintu syurga. Gambar sekitar majlis bakal menyusul.