fbpx

Ibu Liyana Jasmay Kecewa Gambar Pra Perkahwinan Bocor Ke Internet

Awal minggu lalu, para peminat hiburan Malaysia di’sajikan dengan barisan gambar pra perkahwinan Liyana Jasmay & Fathudin Mazlan — ianya mengundang reaksi bercampur.

Gambar pra perkahwinan pasangan ini yang telah di’rakamkan di Hyatt Regency Kuantan Resort mengundang kontroversi kerana ‘kemesraan’ mereka berdua yang terserlah dalam gambar itu.

BACA: Gambar Pra Perkahwinan Liyana Jasmay & Fathudin Mazlan

Hari ini menerusi Sinar Harian, ibu kepada Liyana Jasmay meluahkan perasaan kesal beliau terhadap apa yang berlaku dan berkata perkara ini sepatutnya tidak berlaku.

“Saya dan keluarga kesal dengan apa yang berlaku. Perkara sebegini sepatutnya tidak berlaku ketika ini memandangkan majlis bakal berlangsung tidak lama lagi”

“Gambar itu sepatutnya tidak boleh dipaparkan kepada umum kerana perkara ini telah dijanjikan sejak awal lagi. Ia hanyalah untuk simpanan peribadi sahaja”

“Kami kesal dengan tindakan jurugambar berkenaan. Namun, tidak perlu diperkatakan lagi kerana ianya telah berlaku dan kami akui kesilapan itu,” ujar Datin Habsah Simpon yang di’hubungi.