Nora Danish Enggan Komen Isu Perkahwinan Bekas Suami, Nafi Kini Sedang Bercinta

Agak susah untuk kami bertemu mata dengan aktress comel Nora Danish dek kerana beliau sendiri lebih sibuk dengan kerjaya.

Berkata kepada wartawan ketika menghadiri majlis anugerah PPMH 2011/12, Nora Danish kini sedang sibuk dengan drama & beberapa tawaran filem yang ada.

Tidak boleh lari dari soalan yang berbaur peribadi, Nora Danish di’ajukan soalan akan isu kahwin Rizal Ashram dan Fasha Sandha yang kembali hangat.

Pantas Nora Danish menjawab yang beliau tidak mahu berikan apa apa komen berkaitan isu perkahwinan mereka dan juga tidak mampu memberikan jawapan sama ada akan hadir ke majlis perkahwinan mereka jika di’jemput.  Teruskan Membaca

Gambar: Nora Danish Bersama Putera Raykal Ramli Di Pra Anugerah Skrin 2011

Okay. Bukan pra Anugerah Skrin 2011 tetapi majlis sidang media untuk melancarkan tema & merasmikan Anugerah Skrin 2011.

Sebenarnya kami tidak ada kisah terbaru Nora Danish untuk kami lampirkan bersama gambar beliau kali ini. Jika anda membaca teks tulisan kami ini sehingga habis, anda memang awesome.

Ini semua gara gara kami tidak sempat untuk ‘menculik’ Nora Danish untuk sessi temubual ringkas seperti mana yang biasa kami lakukan.

Menyelak laporan laporan lama pihak media juga tidak banyak kisah sensasi Nora Danish sejak akhir akhir ini — mungkin beliau kini lebih fokus dengan kerjaya & membesarkan anak lelaki beliau.

Nora Danish hadir bersama Putera Raykal Ramli ke sidang media Anugerah Skrin 2011 petang tadi dan jurugambar kami sempat merakamkan beberapa keping gambar mereka berdua untuk tatapan anda. Teruskan Membaca

(Gambar) Nora Danish Bergaya Ke Pesta 60′an & Ameng Dihukum Penjara

Vokalis kumpulan Spring, Ameng (gambar) atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 40, dihukum penjara dua bulan dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memasukkan dadah dalam badan pada April lalu. (mStar Online)

Kesinambungan kisah Nabil & Irma Hasmie putus cinta semalam, inikah gambar kekasih baru Nabil ? Qasha kakak kepada Zaris Nellydia (pelakon suam kuku SpaQ) via BeautifulNara.

Sambut Deepavali? Berita hari ini melaporkan pakaian tradisional India yang di’gayakan oleh Aishwarya Rai dalam filem Raavanan mendapat sambutan hangat di Malaysia.

Seperti biasa, entri rojak akan mempunyai gambar yang tiada kena mengena & masih, Nora Danish masih hot malam ini. Update: Gambar ekstra Nora Danish selepas ini. Teruskan Membaca

Rizal Ashram Mengaku Tiz Zaqyah Ajak Keluar, Fasha Sandha Berjoget Riang

Tiz Zaqyah ada menghubungi saya empat kali, kira-kira jam 4 pagi, 19 Mac lalu. Kononnya dia ingin mengajak saya keluar tetapi saya menolak.”

Begitulah kata-kata Rizal Ashram yang kami copy pasta bulat-bulat dari Harian Metro hari ini. Kenyataan terbaru Rizal Ashram ini nampaknya akan menghangatkan situasi.

Tiz Zaqyah sebelum ini menyebut yang Fasha Sandha mengarut apabila menuduh beliau cuba menggangu hubungan cinta’nya dengan Rizal Ashram.

Mungkin kerana geram, Fasha Sandha memberikan lampu hijau kepada Rizal Ashram untuk mendedahkan segalanya. Mungkin.

Apabila tuan badan sendiri yang keluarkan kenyataan menyokong tuduhan Fasha Sandha terhadap Tiz Zaqyah, senang sudah jiwa raga.

Kita nantikan pula komen balas dari Tiz Zaqyah selepas ini. Masih menafikan atau mahu mula mengaku & menelan kepahitan yang di’cipta Fasha Sandha.

Update: Fizz Fairuz bersuara melalui mStar Online meminta Fasha Sandha jangan kaitkan namanya dengan agenda peribadi terhadap Tiz Zaqyah. Episod 2, action!

Update 2: Noh Hujan bergurau senda dengan Tiz Zaqyah dengan memetik laporan Harian Metro hari ini — “Patut la @tiztiztiz tak nak ajak aku klua.. Dia lepak 4 pagi. Time tu aku da tido..”

Tiz Zaqyah Dambakan Rasa Cinta Rizal Ashram, Pernah Goda Fizz Fairuz

Disclaimer: Sebahagian informasi dalam artikel ini datang dari forum hiburan terunggul, terhebat & terkemuka Malaysia, Cari.com.my.

Kami rasa sangat perlu untuk kisah ini di’tulis semula dalam sebuah entri baru biar tiada orang yang keliru dengan kisah yang ingin kami sampaikan.

Awal malam tadi, Fasha Sandha keluar dengan satu kenyataan panas melalui Twitter yang menyebut tentang seorang wanita mengganggu teman lelaki beliau & juga Almy Nadia.

Kami yang lurus bendul menyangkakan tulisan itu di’tujukan kepada Nora Danish tanpa sebarang syak wasangka & kajian lanjut. Kepada Nora Danish, kami pinta kemaafan.

Menurut salah seorang rakan baik & juga orang belakang tabir karier Fasha Sandha, wanita yang di’maksudkan dalam kenyataan tersebut merupakan pelakon popular Nur Kasih — Tiz Zaqyah.

Dalam kisah yang di’sampaikan, ramai wartawan media perdana tahu akan hal ini dan ada menulis beberapa artikel berbaur gossip untuk menegur perbuatan Tiz Zaqyah ini.

Ketika artikel gossip itu keluar, Fasha Sandha masih mahu perkara ini di’rahsiakan dari pengetahuan umum kerana mahu menjaga nama baik Tiz Zaqyah. Teruskan Membaca

12