Abby Abadi Akan Menerima Undangan Khas Untuk Majlis Norman-Memey

Ya. Di’sebelah adalah gambar Abby Abadi baru lepas mandi. Win?

Tinggal kurang 2 minggu dari majlis resepsi gilang gemilang Norman Hakim & Memey Suhaiza di Kuala Lumpur, apa cerita Abby Abadi?

Selepas kenyataan ‘humor’ Norman Hakim yang Memey Suhaiza kini umpama isteri kedua, ‘isteri pertama’ Norman Hakim bakal terima layanan khas.

Wakil Rafflesia, Bill Bora berkata mereka bakal menghantar undangan khas buat Abby Abadi untuk menghadiri majlis resepsi Norman Hakim & Memey Suhaiza di Hotel Crowne Plaza Mutiara, KL pada 28 September nanti.

Persoalan besar sekarang, adakah Abby Abadi akan hadir ke majlis resepsi mereka? Mungkinkah Abby Abadi akan bawa bersama kekasih muda beliau, Zul Ariffin bersama?

BONUS: Bercakap tentang Zul Ariffin & Abby Abadi, kami paparkan gambar percutian raya mereka berdua selepas ini. Bukan berdua, mereka pergi bersama keluarga dan mereka nampak gembira as hellTeruskan Membaca

(Gambar) Abby Abadi & Zul Ariffin Di Majlis Berbuka Puasa

2008, ketika kami masih merintis jalan kepada industri blog hiburan, gambar & kisah sebegini sangat relevan dan menjadi bahan peduli ramai.

Hari ini, meh. Not much kecuali kalau ada kisah besar yang mengiringi gambar tipikal sebegini. Gambar ini tidak berkecuali.

Sedikit relevan adalah gambar ini keluar sehari selepas Norman Hakim & Memey Suhaiza mengumumkan hasrat mereka untuk mengikat tali pertuangan Aidilfitri ini.

Abby Abadi & Zul Ariffin yang hadir ke majlis berbuka puasa Skop Productions baru-baru ini nampak mesra menurut laporan Mangga Online & lagak mereka mengiyakan hubungan cinta mereka.

Pasti ada yang bertanya, jika pasangan yang satu lagi sudah ada hasrat murni, mereka ini bila lagi?

Norman Hakim Menang Artis Lelaki Bibir Seksi, Abby Abadi Wakil

Alahai. Ringan sangat berita yang kami bawa tengah tengah malam begini. Ah what the hell. Layankan atau anda tidur sahaja.

Baru-baru ini, sebuah majlis anugerah kurang popular berlangsung mempertandingkan kategori yang pelik & aneh untuk dunia artis — termasuk kategori Artis Lelaki Bibir Seksi.

Dan, pemenangnya tidak lain tidak bukan, Norman Hakim yang anda semua sayangi. Apa yang menarik, Abby Abadi tampil ke’atas pentas untuk mengambil trofi.

“Saya dan Norman biasa-biasa sahaja. Saya nampak dia cuba berbaik-baik dengan saya dan anak-anak. Jadi, saya pun tidak ada masalah dengan dia. Dia pun selalu datang ke rumah untuk jumpa anak-anak.”

“Saya naik ke pentas tadi bukan kerana dia suruh saya wakilkan, tetapi ia berlaku secara spontan. Apabila saya tahu dia tidak hadir, saya terus naik ke pentas untuk ambil anugerah yang dia menang,” jelas Abby Abadi.

Di’tanya tentang bibir Norman Hakim, Abby Abadi berkata mungkin benar Norman Hakim memiliki bibir seksi. Mungkin benar? Itu sahaja?

(Gambar) Norman Hakim & Abby Abadi Hantar Anak Masuk Sekolah

Terharu pula kami melihatkan Norman Hakim & Abby Abadi berjaya menepikan apa yang terjadi antara mereka demi anak-anak.

Gambar terbaru Norman Hakim & Abby Abadi ini di’rakam ketika mereka berdua menghantar anak lelaki mereka untuk sessi persekolahan 2010.

Walaupun kedua-dua mereka mempunyai isu peribadi yang masih belum selesai, mereka menunjukkan contoh yang baik dalam soal masa depan anak-anak.

Lagi gambar ‘reunion’ Norman Hakim, Abby Abadi & anak-anak selepas ini. Alangkah bagusnya jika mereka masih bersama. Teruskan Membaca

Memey Suhaiza Sengaja Bocorkan Gambar, Gunakan Anak-Anak – Abby

Abby Abadi mula buka mulut tentang kemesraan Norman Hakim & Memey Suhaiza.

Beberapa hari lalu, dunia internet di’sajikan dengan beberapa keping gambar kemesraan Norman Hakim, anak-anak beliau & Memey Suhaiza.

Ini termasuklah gambar yang menunjukkan anak-anak Norman Hakim mencium pipi Memey Suhaiza.

Ini reaksi Abby Abadi menerusi media.

“Bagi saya, biasa-biasa sahaja. Alhamdulillah, mereka melayan tiga orang anak saya dengan baik. Cuma saya rasa agak ralat kerana gambar itu seperti sengaja dipublishkan untuk mendapat perhatian”

Abby Abadi juga ada menyebut yang beliau kini menyampah untuk melihat Norman Hakim atas beberapa insiden yang tidak di’nyatakan.

Insiden tersebut melibatkan Norman Hakim sebagai seorang tak tahu malu dan tak menghormati langsung keluarga Abby Abadi.